03 October 2025

BILA HARGA KELAS ILMU AGAMA NEELOFA & SUAMI RM850 DIPERS0AL



Nama selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, PU Riz hangat diperkatakan selepas seorang individu meluahkan rasa terk£jut menerusi perkongsian di Thr£ads baru-baru ini, mengenai yuran yang dikenakan dimana dakwanya mencecah sehingga rm850 untuk seorang.

Dalam hantaran tersebut yang turut memuat naik poster mengenai kelas agama terbabit, individu itu berkata, kebiasaannya kuliah agama yang diadakan secara percuma atau sekadar menerima sumbangan seikhlas hati.

"Dulu kalau kuliah majlis agama, tak ada bayaran. Memang percuma atau bagi sedekah. Ada juga penganjur yang kenakan bayaran yang sewajarnya. Tapi ini tapau RM850."

Klik untuk gambar besar

"Kau rasa ilmu apalah sangat dia ajar. Memang tak boleh dengan dia ni. Memang aku b0ikot. Ini kawan aku hantar sekadar buat lawak. Jom belajar ilmu termahal," katanya.

Perkongsiannya itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati, termasuk pengalaman mereka yang pernah menghadiri pr0gram berbayar pasangan berkenaan.
"Saya pernah pergi siap ajak suami. Saja nak dengar, nak rasai pengalaman. Kami beli harga platinum sebab nak selesa, tapi sungguh tak berbaloi ye dengan makanan dan goodies serta segala masa acara dia.

"Baik buka YouTube. Ramai je peminat dia, tapi untuk kita yang tidak mengidolakan dia memang satu pembaziran," tulis seorang pengguna akaun di ruangan komen.
Selain kec@man, ada yang bersetuju dengan pandangan ilmu agama wajar dibayar, namun cara Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail menganjurkan kelas berkenaan dikatakan tidak kena pada tempatnya.

"Minta maaf. Saya antara orang yang sokong kena bayar ilmu agama. Asatizah dan ustaz layak menerima bayaran. Tetapi ini minta maaf sangat sebab memang menungg@ng agama. Apa istimewa tentang mereka. Bukan tahap alim ulama mana pun. Hanya ustaz biasa."
"RM850 hanya untuk masuk? Mungkin kami bukan sasaran sebenar, tetapi menggunakan agama sebagai cara untuk meraih keuntungan? PU Riz dan Neelofa boleh buat lebih baik daripada ini," antara beberapa komen netizen.

Difahamkan bayaran RM850 yang dikenakan bagi setiap peserta itu hanya terhad kepada 45 orang dan diadakan secara tertutup pada 30 Ogos lalu di Bangsar, Kuala Lumpur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: