"Buat masa ini, saya serahkan kepada Allah kerana bukanlah tidak terbuka hati (mencari pengganti) tetapi, setakat yang ditemui, belum dapat tandingi arwah (suami) yang anggap terlalu baik.
"Sebelum ini, saya pernah berkawan dengan teman lama dan dia mengakui duda. Tetapi, rupanya masih berstatus suami orang. Lantas saya terus memutuskan hubungan.
"Saya tidak boleh hendak hakimi seseorang kerana mana tahu, suatu hari nanti, saya ditemukan dengan individu yang lebih baik daripada arwah suami. Tetapi, biarlah dahulu. Andai ada jodoh, adalah."
Itulah tutur pelakon Datin Fadilah Mansor yang sudah enam tahun hidup bersendirian selepas kem@tian suami iaitu Allahyarham Datuk A Rahman, dimana dia tidak pernah menutup ruang hati untuk menerima pengganti.
Fadilah yang dikenali sebagai Kak Chik mengakui, meskipun hatinya masih belum mampu melupakan arwah suami, perasaan ingin berteman menjengah, namun tidaklah terd£sak untuk mencari.
Dalam pada itu, Fadilah tidak menafikan ada yang cuba mendekati, malah dakwanya, pernah hampir ke fasa s£rius, namun terputus sebaik mengetahui si dia sebenarnya sudah beristeri.
Jelas pelakon berusia 66 tahun ini lagi, dua anaknya itu tidak pernah melar@ng dirinya kembali berumahtangga, malah menggalakkan jika ada calon sesuai.
Disamping itu, Fadilah berkata, dia tidak meletakkan syarat kaya atau berkedudukan sebagai keutamaan, asalkan bukan suami orang dan berhubung itu, dia juga sebolehnya inginkan seseorang yang mampu bertolak ansur serta memahami kerjayanya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, saya masih ditawarkan berlakon dan aktif hingga kini. Saya akan terus dalam bidang ini setakat mana yang diperlukan.
"Untuk itu, saya perlukan pasangan yang sangat memahami. Jika ditakdirkan berjumpa jodoh dari kalangan artis juga saya tidak menolak, asalkan mencukupi syarat terutama bukan suami orang," ujarnya.
Kongsinya lagi, dia tidak pernah sunyi meskipun tanpa pasangan hidup, malah sentiasa sibuk sama ada menjalani penggambaran atau aktiviti berpersatuan, selain gemar berjumpa dengan rakan yang dianggap pr0ses t£rapi.
Tambah Fadilah, tidak hanya itu, hubungannya dengan dua anak tiri termasuk pelakon Khir Rahman juga masih baik, malah, Khir yang juga pengarah drama dan filem itu juga sudah menawarkannya untuk berlakon dalam karyanya nanti.
"Anak-anak tiri saya masih bertanya khabar. Khir sudah 'booking' saya untuk berlakon dalam dramanya. Kerjaya lakonan ini akan saya teruskan sehingga tahap tidak diperlukan lagi," katanya.
Untuk makluman, Fadilah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham A Rahman pada 25 Disember 2014. Arwah dilapor meninggal dunia di Hospital Ampang akib@t str0k serta pendar@han pada bahagian 0tak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.
Sebelum berkahwin dengan A Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London, namun bercerai pada 2012.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment