03 October 2025

"TIADA PERASAAN ANTARA SATU SAMA LAIN, MASING-MASING PUN SUDAH ADA HIDUP SENDIRI..." - HAFIZ SUIP AKUI DIA & ADIRA SUHAIMI MASIH KEKAL BERKAWAN



"Saya dengan Adira kami masih berkawan dan tidak lebih daripada itu, tiada perasaan antara satu sama lain. Masing-masing pun sudah ada hidup sendiri, apa saya boleh katakan doakan yang baik-baik sahaja."

Demikian kata penyanyi Hafiz Suip, 35, yang tampil menjelaskan, dia dan rakan artis, penyanyi Adira Suhaimi masih kekal berkawan, meskipun pernah mempunyai hubungan istimewa sebelum ini.

Meskipun begitu, ujar Hafiz atau nama penuhnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, jalinan antara mereka tidak pernah melibatkan perasaan cinta seperti pasangan kekasih. Dalam pada itu, Hafiz memberitahu, dia tidak dapat menghalang mulut orang dan tanggapan peminat yang berharap agar dia dan Adira berjodoh selepas kedua-duanya kembali solo.

Baginya, biarpun peminat mahu melihat mereka bersama, Hafiz berharap agar perkara itu tidak menimbulkan tanggapan isu neg@tif terhadap kedua-dua pihak.

"Kalau peminat cuba kenenkan tu saya nak buat macam mana? Mulut orang dan tanggapan mereka kita tak boleh nak halang. Tapi kalau boleh tak naklah sehingga timbul isu neg@tif memandangkan masing-masing dah ada hidup sendiri," ulasnya lagi.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, kongsi Hafiz, dia berasa rindu untuk merakamkan lagu duet bersama Adira selepas enam tahun, namun buat masa sekarang, dia mahu fokus kepada persiapan konsertnya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Rindu juga nak buat lagu duet dengan Adira, selalunya tiga tahun sekali akan ada lagu bersama. Teringin, tapi mungkin selepas tamat konsert saya nanti," tuturnya.

Sebelum ini, Hafiz dan Adira pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2011, namun berakhir setahun kemudian.

Untuk makluman, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016, sebelum bercerai pada 29 Mei lalu.

Manakala Adira pula, dia sah bercerai talak satu dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red selepas sembilan tahun berkahwin.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal mengadakan konsert solo di Mega Star Arena, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 1 November depan dan lebih istimewa, Adira turut sama menjayakan konsert tersebut sebagai artis undangan bersama penyanyi Umairah atau Umai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: