"Tolong sesiapa yang nak datang melawat, bukan minggu ini dulu. Mama betul-betul perlukan rehat. Kalau kamu datang, mama kena bercakap, ketawa, nak buat rawatan pun sus@h sebab kamu tengok.
"Mama tak boleh buat semua itu sebab dada dia masih s@kit akib@t CPR. Dia tak boleh banyak bercakap atau ketawa, kaki dia pula perlukan fisi0terapi, dia tak boleh pakai seluar jadi aurat dia ternampak terutamanya bila lelaki yang datang.
"Lepas itu, yang datang ini pula suka datang dekat-dekat dengan mama, cium, peluk dia, sedangkan luk@ mama masih terbuka di leher dan tangan, jadi ris1ko jangk1tan sangat tinggi. Janganlah buat macam itu."
Itulah tulis anak kedua kepada penerbit terkenal dan pelakon, Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha Wan Aminuddin, 24, dimana dia meminta kenalan ibunya agar jangan menziarahinya buat masa ini.
Jelas Azeva, ibunya itu perlu mengambil masa untuk berehat sepenuhnya tanpa sebarang g@ngguan, selain turut mengharapkan semua pihak memahami situasi yang dihadapi mereka sekarang.
Klik untuk gambar besar
"Saya minta maaf. Saya tahu kamu semua sayang dan risaukan dia, Insya-Allah saya akan update di sini untuk kamu. Saya sangat hargai doa dan perhatian untuk mama.
"Harap kamu boleh doakan mama dari jauh buat masa ini, semoga Allah SWT permudahkan segalanya. Terima kasih banyak," katanya yang juga pelakon dan bekerja di syarikat milik ibunya, A Aida Pr0duction itu.
Terdahulu, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 55, dilaporkan mendapat rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan akib@t r£bah selepas melakukan fisi0terapi pada 25 September lalu.
A Aida yang sebelum itu menjalani pemb£dahan lutut pada Selasa, 23 September lalu, bagaimanapun mula sedar pada Ahad lalu dan dipindahkan ke wad biasa untuk pemantauan rapi doktor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment