03 October 2025

"MASUK KAWASAN Z0N M£RAH, KAMI DAPAT KHABAR YANG ABAH P0SITIF INFLU£NZA... MOHON SELAIN MENDOAKAN UNTUK KESELAMATAN KAMI, DOAKAN UNTUK ABAH KAMI..." - HELIZA HELMI



"Terima kasih mama, abah sebab menyokong kami, mendoakan kami dan mendidik kami hingga ke tahap ini. Kami tahu bukan mudah mama dan abah nak merelakan dua anak perempuan sekali gus untuk misi macam ini (GSF - Gl0bal Sumvd Fl0tilla).

"Tapi, kami yakin sebab mama dan abah antara orang yang sangat yakin dengan kuasa doa. Macam mana Allah jaga kami masa misi di Syria, Gaza dan negara berg0lak lain. InsyaAllah mudah-mudahan untuk misi kali ini juga.

"Kami tahu mesti tak tidur lena mama, abah. Sebab kami dah masuk zon merah. Sangat dekat dah dengan Gaza. Banyak barangkali akan berlaku. Tapi Insya-Allah, redha mama abah menjadi payung penyelamat kami.

"Mama abah, terima kasih menjadi ibu ayah yang terbaik buat kami. Halal segalanya. Maafkan segala salah silap kami. Moga Allah ganjarkan syurga tertinggi untuk mama, abah. Hadiah besar Allah nak bagi kat mama, abah."

Klik untuk gambar besar

Demikian tulis penyanyi dan aktivis kemanusiaan iaitu Heliza Helmi, 39, dimana dia sangat berterima kasih kepada ibu bapanya, Helmi Mohd Hasbi dan Latifah Muhammad yang menyokong dan mendoakannya menyertai misi kemanusiaan Gl0bal Sumvd Fl0tilla (GSF) ke G@z@, Pal£st1n, bersama adiknya, Nur Hazwani Helmi.

Heliza yang memuat naik hantaran itu menerusi media sosial, mengakui, bukan mudah untuk ibu bapanya merelakannya dan adiknya itu untuk terbabit menyertai misi bantuan yang suk@r sebegitu.

Dalam hantaran sama itu juga, Heliza turut memaklumkan, dia dan Hazwani juga baharu mendapat khabar berita mengenai bapa mereka yang positif influenza ketika sudah memasuki zon merah.
"Kami baru tahu saat kami dah masuk kawasan z0n m£rah, kami dapat khabar yang abah p0sitif influ£nza. Hasbunallah wani'mal wakeel.

"Mohon selain mendoakan untuk keselamatan kami, doakan untuk abah kami agar segera sembuh dan diberi kekuatan," tuturnya.

Sebelum ini, kapal dinaiki Heliza dan Hazwani untuk misi bantuan GSF itu sudah ditah@n oleh tent£ra Isr@£l dan mereka sekali gus menjadi tah@nan.
Selain Heliza, beberapa lagi selebriti wanita yang juga ditah@n tent£ra Isr@£l ialah Zizi Kirana, Ardell Aryana termasuk aktivis, Farah Lee.

Terkini, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat, selain akan dihantar pulang ke tanah air melalui negara ketiga.

Menurut Wisma Putra, kerajaan akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan selamat mereka ke Malaysia.
Wisma Putra berkata, Menteri Luar turut mengeluarkan arahan kepada Perwakilan Malaysia di rantau berkenaan termasuk Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah untuk mendapatkan kerjasama daripada kedutaan negara-negara ASEAN di T£l Av1v.

Untuk makluman, ketika ini empat negara ASEAN iaitu Thailand, Singapura, Myanmar dan Filipina mempunyai kedutaan di T£l Av1v.

Menurut Wisma Putra, kerajaan men£gaskan bahawa penah@nan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: