"Semenjak bersama Ameera, saya lebih suka duduk rumah. Ramai tak percaya tapi ini betul. Sisi suka bermain game keluar kembali.
"Sebab 2, 3 tahun lepas saya suka keluar malam. Tapi selepas bersama Ameera, saya rasa tiada sebab lagi untuk meneruskan aktiviti malam."
Itulah kata pelakon Indonesia, Jefri Nichol, dimana kongsinya, semenjak dia menjalin hubungan istimewa bersama kekasihnya, pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah.
Jefri yang berkata demikian menerusi satu temu bual, berkata mungkin ramai tidak percaya namun selepas bersama Ameera dia tidak lagi keluar malam.
Dalam pada itu, Jefri memberitahu, dia dan Ameera sering berhubung menerusi panggilan telefon, meskipun menjalin hubungan jarak jauh.
"Bangun tidur, masih on-the-phone. Kalau panggilan itu terputus, kami terus telefon semula. Kami belum pernah tidak menghubungi antara satu sama lain, sentiasa on-the-phone," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment