08 October 2025

MEMANDANG USIANYA SEMAKIN MENINGKAT - QI RAZALI MAHU TIMANG CAHAYA MATA : "SAYA SIAP BERIMPIAN NAK HANTAR ANAK MASUK SEKOLAH PIANO"



"Alhamdulillah gembira dengan perkahwinan. Tanggungjawab sebagai seorang suami ini lain. Inilah masanya untuk saya penuhi watak sebagai seorang suami."
Demikian tutur pelakon Qi Razali, 48, dimana dia memanjatkan rasa syukur sudah bergelar suami kepada jurusolek, Wardah Hayati pada Mei lalu.

Kata Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, dia kini bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dengan sebaiknya kerana peranan itu memberi pengalaman baharu dalam hidupnya.

Dalam pada itu, memandangkan usianya kini semakin meningkat, Qi juga tidak menolak keinginan untuk melalui fasa seterusnya dalam rumah tangga iaitu menimang cahaya mata.

"Harapannya ke situ, sebab saya makin tua. Saya memang nak anak. Memang ada. Saya siap berimpian nak hantar anak masuk sekolah piano," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: