"Madrasah saya lagi banyak tanggungan. Saya nak sediakan gaji staf saja RM30,000 sebulan. Kalau fikir memang lagi sus@h hati sebab apa yang tiada, saya kena guna duit.
"Jika madrasah nak beli makanan, saya beli. Makna duit yang ada, itu duit saya dan duit untuk madrasah juga. Saya kena fikir juga kepentingan guru di situ.
"Sudahlah tiada sumber, tapi kalau ada sumber pendapatan puluhan ribu, ratusan ribu, senang juga. Tapi, p£lik juga, kita sanggup berk0rban nak buat madrasah ini walaupun tahu sus@h."
Itulah kata penyanyi dan pendakwah, Nazrey Johani, 54, yang menjalani pemb£dahan memasang st£n di jantung pada Ogos lalu, dimana dia bertawakal kepada Allah SWT dalam soal rezeki.
Ujar Nazrey, selain memikirkan keperluan sendiri, dia juga mempunyai madrasah tahfiz yang dibiayainya tanpa bantuan mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Nazrey berkata, dia terfikir Allah SWT mungkin menjadikan keadaan sebegitu terutama membabitkan madrasah di Sabah kerana tidak banyak penyumbang.
"Itu sebab kami nak dapatkan penyumbang pun kena guna sistem b00ster yang bersist£matik supaya orang akan sentiasa dapat info berkenaan madrasah.
"Orang kata kalau nak fikir sus@h hati pasal kewangan, memang sus@h hati juga, tapi bukan sebab kewangan itu maka kita kena meng0rbankan kesihatan," tuturnya yang menyifatkan ia bagai satu keajaiban ketika mengulas berkaitan kos rawatan jantungnya.
"Saya mana ada simpan duit sampai ratusan ribu, tapi kebetulan ada juga tersimpan duit saya. Isteri saya tengok ada duit juga, kalau nak jumpa pakar, kami pergi saja.
"Apabila pergi kos rawatan saya kena RM80,000, habis duit. Tapi, itu maksudnya Allah kadang-kadang memang selalu menguji hamba-Nya.
"Bila kita banyak merayu, merintih dengan Dia supaya jangan kita terlalu dalam kesus@han... Insya-Allah, Allah atur kehidupan kita. Dia Maha Mendengar," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nazrey kini bergabung dengan kumpulan asalnya, The Zikr dan berkolaborasi dengan Yabang (bekas vokalis Khalifah) menerusi single berjudul 'Mengemis Kasih' yang dilancarkan pada 26 September lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment