Sempena meraikan ulang tahun ke-35 Mickey Ayo, pelakon Nora Danish telah membuat video istimewa khas buat lelaki yang didakwa sedang bertakhta di hatinya itu.
Perkongsian Nora itu di media sosial miliknya baru-baru ini telah mengundang senyuman yang menonton.
Dalam video tersebut, Nora dilihat menggabungkan beberapa momen indah mereka berdua dalam video khas itu.
Malah kelibat Nora dalam beberapa pertemuan bersama Mickey menerusi video itu seolah-olah menguatkan lagi hubungan yang sedang terjalin.
Antara detik manis yang mendapat perhatian adalah ketika kedua-duanya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) serta momen mesra di tepi pantai.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Nora yang juga ibu tunggal dua cahaya mata itu pernah menerima kec@man netizen selepas didakwa terbabit dengan strategi 'ch£ap mark£ting'.
Kontr0versi itu terc£tus apabila Nora berkongsi foto seorang lelaki berkopiah dipercayai Mickey sebelum memuat naik pula gambarnya mencium kopiah milik individu berkenaan.
Tidak lama selepas itu, Mickey muncul dalam sepotong video berbaju Melayu lengkap bersamping, sambil memegang sekeping kad undangan tertera huruf 'M' dan 'N' serta tarikh pernikahan, 8 September.
Susulan kek£cohan yang timbul, Nora kemudian tampil menjelaskan, tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung, selain menafikan pembabitannya dalam sebarang kempen pemasaran berkaitan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment