16 October 2025

PENAMPILAN BAHARU TERIMA PERHATIAN, RAMAI TERKEJUT KINI KURUS - MARIA TUNKU SABRI AKUI BUAT PEMB£DAHAN BARI4TRIK, NAFI BUAT KERANA NAK CANTIK TAPI MAS4LAH KESIHATAN



"Masya-Allah, lama tak tengok sekali tengok wow meletop Maria JJCM (panggilan Maria Tungku Sabri) versi baru. Alhamdulillah tahniah kak Maria."

"Fuh, sampai tak cam sebab kurus sangat macam anak dara." - "Tahniah akak, dah kurus sihat Alhamdulillah. Semoga kesihatan baik-baik saja."

Demikian komen-komen yang ditulis pengikut Maria Tunku Sabri, 55, yang meluahkan rasa kagum dengan penampilan baharu pengacara itu yang kini semakin kurus dan sihat.

Rata-rata netizen memberikan pujian atas dedikasi dan usaha Maria yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) itu dalam menjaga kesihatan.

Pengacara pr0gram Jalan-Jalan Cari Makan itu menerusi perkongsian terbaharu di media sosial miliknya, telah memuat naik foto dirinya sedang bercuti di Tokyo, Jepun.

Perkongsian Maria itu menerima pelbagai reaksi netizen yang terk£jut melihat personaliti televisyen itu sudah semakin ramping.

Biarpun menerima pelbagai pujian, namun ada juga individu yang meninggalkan komen neg@tif apabila mendakwa penurunan berat badannya itu disebabkan peny@kit k£ncing manis.

Maria bagaimanapun dilihat tidak melatah dengan komen tersebut, sebaliknya hanya menegur individu berkenaan dan menasihatinya supaya menjaga adab ketika memberi komen.

"Salam ayat tu boleh ada adab? Terima kasih," kata Maria yang pernah memaklumkan sebelum ini menerusi hantaran lain, dimana dia melakukan pemb£dahan bari@trik atas saranan doktor pakar.

Menurutnya lagi, dia mengambil keputusan untuk melakukan pemb£dahan tersebut kerana berdepan dua mas@lah kesihatan iaitu s@kit lutut, selain ingin mengelakkan diri daripada mengambil ubat k£ncing manis dan kol£sterol.

"Doktor lutut menasihatkan saya menurunkan berat badan sebab mas@lah lutut saya sudah tahap tiga. Doktor di syarikat saya bekerja juga memberikan masa selama tiga bulan untuk menurunkan berat badan atau mereka akan mula beri saya ubat k£ncing manis dan kol£sterol," kongsinya.

Mengulas lanjut mengenai perubahan fizikalnya yang kini langsing, Maria berkata, dia ada berjumpa doktor beberapa bulan lalu dan dinasihatkan agar menurunkan berat badan.

Klik untuk gambar besar

"Saya menafikan buat pemb£dahan bari@trik kerana nak cantik, tapi sebaliknya kerana nak turunkan berat badan. Saya ada mas@lah kesihatan. Saya bukan buat untuk cantik.

"Lillahi Taala, saya tak pernah buat untuk cantik," tuturnya yang dalam masa sama memberitahu, doktor yang merawat lututnya turut memintanya melakukan perkara sama kerana lututnya turut bermas@lah.

"Doktor buat 'bl00d test'. Lepas itu dia kata saya ini dah pre-diab£tes, dah nak kena k£ncing manis. Dengan bacaan kol£sterol pun tinggi. Dia bagi saya tempoh tiga bulan untuk kuruskan badan.

"Tahulah saya kan kaki makan. Saya boleh turun mungkin dalam satu kilogram ke dua kilogram. Tak mampu nak turun banyak-banyak. Doktor kata, kalau dalam masa tiga bulan, saya tak turunkan seperti yang diminta, dia nak mulakan ubat k£ncing manis dan kol£sterol buat saya.

"Badan saya berat. Kalau tak turunkan saya akan berdepan mas@lah kerana lutut saya dah tahap tiga. Saya nak kena buat 'the next step', tak tahulah pemb£dahan atau apa.

"Sebab sebelum ini saya dah pernah masukkan gel dalam lutut banyak kali. Saya nak solat pun, tak boleh macam biasa dan kena duduk atas kerusi. Keadaan kesihatan saya ini memang t£ruk.

"Lutut saya tak boleh lipat. Sekarang saya dah boleh solat macam biasa. Tidur malam pun dah tak s@kit. Sebelum ini tidur malam kaki saya s@kit. Saya tidur kena alas lutut dengan bantal.

"Jika tak, berdenyut-denyut dan saya tak mampu nak tidur lena. Lutut saya berdenyut-denyut s@kit," kongsinya yang turut bercerita lanjut, dimana dia menjalani pemb£dahan bari@trik dibuat pada 2 Julai di Ipoh.

"Saya tak pernah terfikir nak buat bari@trik, tapi saya terpaksa buat sebab itu jalan yang paling cepat untuk saya kuruskan badan. Banyak perubahan saya alami sekarang.

"Bila saya 'travel' pun saya naik flight, saya tak perlu lagi makan ubat tah@n s@kit untuk lutut saya. Dari segi pemakanan saya boleh makan apa sahaja tapi tak boleh makan banyak.

"Kalau dulu saya makan nasi tiga senduk, sekarang saya makan nasi suku senduk sahaja. Saya boleh ikut sebab doktor kata 'enjoy the pr0cess' sebab saya nak sihat," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: