"Ubai (suami) tahu saya memang tidak suka lipat baju. Tapi Alhamdulillah dia terima kekurangan saya.
"Dulu kalau kena lipat baju, duduk depan televisyen ada tiga jam tidak habis-habis. Kalau Ubai lipat, sekejap je settle, lepas tu semua sama saiz lipatan dia."
Demikian tulis penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Ubai seorang yang memahami dan menerima kekurangannya dalam hal menguruskan kerja rumah.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Shila turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya, Haris Edraki.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment