10 October 2025

"BUKAN UNTUK K£JAR NAMA TAPI HIBURKAN HATI SEMUA ORANG" - MAKDER KATA BAKAT THALITA ANUGERAH DARI ALLAH, BUKAN UNTUK TIRU ARWAH IBUNYA, SITI SARAH



"Bakat yang ada pada Thalita bukan untuk meniru ibu. Tapi satu anugerah yang Allah beri. Thalita menyanyi bukan untuk k£jar nama tapi untuk hiburkan hati semua orang.

"Seperti mana ibu selalu buat dulu. Rindu itu tak pernah hilang, setiap lagu yang Thalita nyanyi, ada doa yang dia titipkan untuk ibu."

Itulah jelas ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi, dimana tuturnya, anak arwah, Thalita menyanyi bukan kerana mahu mengejar nama, mahupun populariti tetapi menghiburkan orang ramai.

Klik untuk gambar besar

Siti Fatimah atau lebih mesra dipanggil Makder yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, berkata, bakat Thalita bukan untuk meniru arwah ibunya tetapi anugerah yang diberi Allah.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen mengatakan Thalita sememangnya berbakat serta tidak meniru arwah ibunya, namun mengakui nyanyian anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib itu kedengaran hampir sama dengan suara Siti Sarah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: