"Arwah memang sihat, cuma selepas solat Isyak malam tadi, dia ada mengadu pening. Kebiasaannya selepas Isyak dia akan menonton televisyen sekejap sebelum tidur, tapi malam tadi dia terus masuk bilik dan berehat.
"Dalam jam 8.15 pagi tadi, mak panggil tapi tak menyahut. Bila tengok, dia sudah tak bergerak. Kami percaya arwah pergi dalam keadaan tidur.
"Setiap kali berjumpa, ayah pasti pesan supaya kami jaga solat dan keluarga, begitu juga dua hari sebelum meninggal dunia pun dia sempat pesan perkara sama."
Demikian tutur anak sulung kepada komposer terkenal era 1980-an dan 1990-an, Allahyarham Afzainizam Ismail, 75, iaitu Putra Aniza, 50, dalam nada sebak.
Kata Putra Aniza, arwah bapanya yang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Saga, di sini, akib@t s@kit tua, hari ini, tidak menunjukkan sebarang tanda peny@kit s£rius kecuali menghidap peny@kit k£ncing manis agak lama, tetapi keadaannya terkawal.
Menurutnya, arwah bangun seperti biasa menunaikan solat Subuh, hari ini dan bersarapan sebelum kembali berehat.
Klik untuk gambar besar
Kongsi Putra Aniza lagi, sebelum meninggal dunia, arwah bapanya itu sempat menyiapkan album kedua kumpulan Anak Semantan yang sudah diputarkan di Radio Pahang FM.
"Cuma arwah belum sempat siapkan versi cakera padat (CD). Lagu itu benar-benar menjadi sentuhan terakhir arwah dalam bidang seni," jelasnya yang turut memberitahu, arwah bapanya itu seorang yang s£rius, tetapi mudah didekati serta amat menitikberatkan soal keluarga dan agama.
"Setiap kali berjumpa, arwah pasti pesan supaya kami jaga solat dan keluarga. Dua hari sebelum meninggal pun dia sempat pesan perkara sama," ujarnya.
Jenazah Afzainizam yang meninggalkan seorang balu, enam anak dan beberapa cucu itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Saga, di sini, kira-kira jam 4.30 petang tadi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment