20 October 2025

DALAM PR0SES MENYESUAIKAN DIRI, KINI SEMAKIN SELESA - AMIRA OTHMAN SIFATKAN ANAK TIRINYA, FATIMA SEORANG SANGAT BAIK & 'CHEEKY'



"Saya okay sahaja. Fatima sangat baik dan 'cheeky'. Dia petah untuk berborak dan sangat bijak. Dia juga sangat caring dengan keadaan sekeliling. Selalu ajak makan bersama."
Itulah kata penyanyi Amira Othman, dimana dia berkongsi pengalamannya mengenali anak tirinya, Nur Fatima Aisya yang disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang ceria dan mudah didekati.

Sementara itu, suami kepada Amira iaitu pelakon Fattah Amin, 35, turut menjelaskan, anak perempuannya dan isterinya kini sedang dalam pr0ses menyesuaikan diri selepas perkahwinan mereka baru-baru ini.

Tuturnya lagi, hubungan antara kedua-duanya menunjukkan perkembangan p0sitif apabila Fatima semakin selesa dengan kehadiran Amira dalam hidupnya.

"Fatima panggil Amira Aunty Mira. Masing-masing sedang sesuaikan diri. Apa yang saya nampak, mereka gembira bersama.

"Amira juga sukakan budak-budak, dia sangat baik dengan budak-budak. Jadi tak nampak kekok," ujar Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: