20 October 2025

RAIH PINGAT PERAK DALAM SUKAN WUSHU DI CHINA - SITI NURHALIZA UCAP TAHNIAH KEPADA KRISDAYANTI



"Congratulations my love. Wanita hebat," demikian tulis Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, selepas rakannya iaitu penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti, 50, mengharumkan nama negaranya apabila meraih pingat perak bagi kategori Women's Single Weapon Routines pada Kejohanan Dunia Kungfu Ke-10 di Emeishan, China.

Krisdayanti yang popular dengan lagu 'Menghitung Hari' itu berkongsi kejayaan berkenaan menerusi hantaran di media sosial, semalam memaparkan beliau bersama pingat serta sijil kemenangan.

Hantaran yang dikongsikan ibu kepada empat cahaya mata dan dua cucu ini menarik perhatian Siti Nurhaliza yang turut menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen.

Klik untuk gambar besar

Dalam kejohanan berprestij itu, Krisdayanti mempersembahkan aksi senj@ta individu menggunakan kipas lipat, iaitu antara senjata tradisional dalam seni bela diri wushu atau kungfu.

Kejohanan anjuran Persekutuan Wushu Dunia (IWUF) itu berlangsung dari 14 hingga 20 Oktober lalu, dan kali terakhir diadakan pada 2004.
Sebagai bekas Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, penyanyi berpengalaman itu bersaing dalam kategori usia 40 hingga 59 tahun.

Difahamkan, Krisdayanti pada awalnya hanya menceburi seni bela diri sebagai hobi untuk mengisi masa lapang sejak empat tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: