25 October 2025

DIDAKWA SUDAH BERUMAH TANGGA KALI KEDUA - IRMA HASMIE PILIH 'KUNCI MULUT' ULAS SOAL STATUS : "BILA BERCAKAP, NANTI JADI SUK4R... AKAN TIMBUL PELBAGAI TAFSIRAN & ANDAIAN"



"Saya minta maaf, bab peribadi saya lebih selesa untuk tidak menjawab. Saya tahu ramai yang tanya. Walaupun orang tanya secara peribadi atau melalui WhatsApp sekalipun, saya tetap berpegang pada pendirian yang sama. Bagi saya, lebih adil begitu.

"Saya rasa sama sahaja, kalau saya beritahu pun, orang akan tetap bercakap. Jadi lebih baik saya berdiam diri. Mengenai hal ini (status), saya rasa bukanlah untuk diuar-uarkan kepada umum. Bagi saya, yang tahu, tahulah."

Demikian tutur pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 43, dimana dia memilih untuk tetap mengunci mulut membabitkan status terkininya yang didakwa sudah berumah tangga buat kali kedua ketika ini.

Kata Irma, berkaitan status dirinya ketika ini, dia percaya apa pun penjelasan yang diberikan itu tetap akan menjadi buah mulut orang, serta memberitahu perkara tersebut bukan menjadi keutamaannya.

Ujarnya lagi, dia berasa bimb@ng kenyataannya nanti akan disal@h tafsir, selain mahu menjaga hati banyak pihak dan berhubung itu, dia memilih untuk merahsiakan statusnya.

"Saya pilih untuk diam sebab bila bercakap pun, nanti jadi suk@r. Akan timbul pelbagai tafsiran dan andaian. Keluarga saya pun kena jaga, bukan sekadar anak-anak, tapi juga keluarga besar saya.

Klik untuk gambar besar

"Emak dan ayah sudah tiada, jadi saya kena fikir tentang ibu, pakcik, makcik dan keluarga sebelah sana. Saya tak nak memb£bankan mereka dengan isu-isu peribadi saya.

"Mengenai sp£kulasi orang, benda itu memang tak boleh dielak. Zaman sekarang, apa pun kita buat, orang tetap akan bercakap. Jadi lebih baik saya jaga percakapan dan elakkan fitn@h," ujarnya.

Untuk makluman, Irma pernah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada 2012, sebelum dilaporkan berpisah sekitar Disember 2023.

Selepas enam bulan kemudian, pelakon dan pengacara itu tampil mengumumkan secara rasmi kepada umum.

Hasil perkongsian hidup bersama Redza, Irma dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfha,12 dan Irma Nur Naylie, 11, yang kini berada di bawah jagaannya.

Selepas itu, Redza kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Nur Hafiza Mohd Salim pada April 2024.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: