25 October 2025

LINDA HASHIM DEDAH PENY0NDOL DATANG S£RANGNYA : "CARI SAYA & MAR4H-MAR4H, KATANYA JANGAN BERI HARAPAN KEPADA BEEGO SEBAB MEREKA NAK MULAKAN HIDUP BARU"



"Semalam kekasih dia (Beego) cari saya dan mar@h-mar@h, katanya jangan beri harapan kepada Beego sebab mereka nak mulakan hidup baru. Saya pun cakap, okay teruskan! Saya ke mahkamah pun memang untuk bercerai."

Itulah ujar pelakon Linda Hashim, 41, dimana dia mendedahkan, ketika pr0ses perceraian masih belum selesai, dirinya didatangi seorang wanita dipercayai kekasih kepada suaminya, pelakon Beego yang mend£sak agar mereka berpisah dengan segera.

Kata Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, wanita berkenaan tanpa segan silu meminta dia supaya tidak lagi memberi harapan kepada Beego kerana mahu memulakan hidup baharu bersama.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, ini bukan kali pertama dia dis£rang oleh wanita yang dikaitkan dengan suaminya itu, malah dia juga sering menjadi tempat luahan apabila terdapat wanita menghadapi mas@lah dengan Beego.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia sudah cukup terb£ban dengan situasi itu, memandangkan mas@lah rumah tangganya sendiri belum selesai sehingga kini yang difahamkan sudah hampir setahun.

"Tak tahu nak kata s£rius atau tidak hubungan mereka. Masa tengah seronok, peny0ndol-peny0ndol ini lupa saya siapa. Tapi bila ada mas@lah, baru cari saya. Mereka boleh buat sesuka hati, tapi jangan g@nggu saya!" tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Linda turut menafikan dakwaan Beego yang mengatakan dia sengaja menggunakan lafaz taklik untuk berpisah.

Klik untuk gambar besar

T£gas Linda, tindakan itu dibuat atas arahan mahkamah selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) menemui jalan buntu dan mendapati terdapat taklik yang dilangg@r.

"Kenyataan Beego kata saya guna taklik untuk lepaskan diri itu tak benar. Hakim yang arahkan saya failkan lafaz taklik itu selepas laporan JKP.

"Kalau daripada awal saya nak guna taklik, saya boleh saja failkan dan tuntut fasakh. Tapi saya nak bercerai secara damai," jelasnya.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 dan kemudiannya kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Untuk makluman, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: