14 October 2025

DIMINTA KEMBALI AKTIF BERLAKON - UQASHA SENROSE AKUI BERAT HATI, NETIZEN PETIK NAMA KAMAL ADLI : "MAK KITA BUKAN ORANG GAJI... APA YANG BERLAKU SELEPAS INI SAYA LETAK PADA TAKDIR"



"Saya kurus sebab kerja dan saya kerja bukan sebab saya nak. Tapi dia kata buatlah 'comeback', padahal baru setahun. Anak pun baru setahun empat bulan.

"Agak berat untuk saya sebagai orang yang baru kali pertama menjadi ibu. Itu anak pertama saya dan tinggalkan anak setiap hari."

Itulah ujar pelakon Uqasha Senrose, 33, menerusi siaran langsung yang dibuat baru-baru ini, dimana dia seolah-olah memberi bayangan masih belum bersedia untuk kembali bekerja selepas melahirkan anak sulungnya, Hawra Uqaira pada April tahun lalu.

Dakwa Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, keputusan untuk aktif semula dalam bidang lakonan dibuat atas kehendak seseorang yang tidak didedahkan identitinya.

Klik untuk gambar besar

Uqasha bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut individu yang memintanya kembali bekerja, namun rata-rata netizen memetik nama suaminya iaitu pelakon Kamal Adli.

Ujarnya lagi, dia juga agak keberatan untuk meninggalkan anak yang masih kecil sehingga menj£jaskan berat badannya.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia juga mengambil pembantu untuk meringankan b£ban ibunya, memandangkan usianya sudah lanjut.
"Takkan hari-hari anak kena tinggal dekat rumah mama yang dah berumur. Mesti dia penat. Kita yang muda ini pun penat, apatah lagi tinggalkan pada mak.

"Mak kita bukan orang gaji. Dia sudah besarkan tujuh adik-beradik dan sekarang dia kena jaga cucu pula.

"Jadi saya sendiri cari pembantu sampai dapat untuk tolong mama jaga Uqaira. Apa yang berlaku selepas ini saya letak pada takdir," luahnya.
Sebelum ini, k£coh di media sosial selepas timbul dakwaan Uqasha dan Kamal sudah tidak lagi saling mengikuti di media sosial.

Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama media, Uqasha lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: