14 October 2025

ISTERI NEK4D TINGGALKAN KERJAYA POLIS SELEPAS TAWAR HATI DEK DITAH4N - MAMAT SEPAH AKUI T4KUT, TAK SANGGUP LIHAT NANA KERJA MALAM



"Saya dah kurang minat dengan kerjaya ini kerana sudah lama dalam pasukan dan macam-macam lagi yang saya lalui. Lebih buat saya tawar hati apabila k£s saya kena tangkap dengan suami.

"Saya juga ada mas@lah anxi£ty. Mungkin sebab terlalu penat, lebih-lebih lagi dengar mas@lah orang hingga buat saya tert£kan."

Demikian kata isteri kepada pelawak Mamat Sepah, 39, iaitu Nordiana Ibrahim atau lebih mesra disapa Nana, dimana dia akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai anggota polis selepas dua dekad berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.

Jelas Nana, keputusan itu dibuat selepas dia berdepan dengan mas@lah anxi£ty, selain kehilangan minat selepas kejadian ditah@n bagi membantu sias@tan dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram pada tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ujarnya lagi, kehidupannya kini lebih tenang dan gembira selepas tidak lagi terikat dengan tugasan serta tekanan kerja harian sebagai anggota polis.

"Saya sekarang lebih gembira kerana sudah tiada b£ban. Sebelum ini fikir kerja saja sekarang dah bebas Alhamdulillah," tuturnya.

Sementara itu, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, pula berkata, dia sentiasa berasa bimb@ng apabila isterinya perlu bertugas pada waktu malam, terutamanya selepas beberapa insid£n s£rangan di balai polis yang berlaku sebelum ini.

Menurut Mamat lagi, dia percaya sudah tiba masanya untuk isterinya itu berehat selepas berpuluh tahun berkhidmat, walaupun pada awalnya berat hati untuk merelakan keputusan tersebut.
"Dia sebenarnya dah lama minta nak bersara kira-kira tiga tahun lalu. Tapi saya kata sayang sebab impian saya nak jadi polis tapi tak dapat. Ada isteri polis pun okaylah.

"Bagi saya ini waktu dia berehat kerana sal@h satu punca saya minta dia berhenti kerana tak sanggup tengok dia kerja malam.

"Bukan itu saja, ada kejadian balai polis dis£rang waktu malam itu pun jadi punca saya tak mahu dia kerja malam.

"Saya t@kut dan rasa tak adil dia kena kerja malam," luah Mamat yang berkahwin dengan Nana pada 1 Mac 2020 di Kulai, Johor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: