"Saya tahu ada yang panggil saya 'k@cip'. Saya pun sebenarnya tidak tahu apa maksud sebenar 'kacip' itu. Orang kata maksudnya seperti masuk air atau gil@-gil@, jadi saya anggap ia sesuatu yang menceriakan suasana. Saya tidak kecil hati pun."
Demikian ujar penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi, dimana beliau mengakui, tidak ters1nggung dengan gelaran mahupun komen yang diberikan warganet terhadap dirinya di media sosial.
Kata Heliza, beliau menganggap segala gelaran termasuk 'kacip' hanya gurauan yang mendekatkan dirinya dengan masyarakat, terutama dalam kalangan generasi muda.
Disamping itu, Heliza meluahkan rasa syukur kerana diberi kekuatan dan ketenangan hati untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Pal£stin, meskipun baru pulang daripada misi Gl0bal Sumvd Fl0tila (GSF) ke G@z@.
Dalam pada itu, tuturnya lagi, biarpun berhadapan dengan pelbagai tek@nan sepanjang misi yang penuh cab@ran, mereka perlu mengekalkan semangat p0sitif.
"Orang kata kami balik dari misi, tapi nampak ceria macam tiada apa. Sebenarnya, bila berdepan dengan tent£ra Isr@£l, kami memang kena kuat seperti rakyat Pal£st1n.
"Kalau kami lem@h dan menangis, mereka akan rasa mereka berjaya. Jadi, bila pulang ke Malaysia, perjalanan perjuangan masih panjang. Alhamdulillah, Allah bagi kami kekuatan untuk terus berkongsi," katanya.
Disamping itu, kongsi Heliza, sebaik tiba di tanah air, beliau dan rakan sepasukan tidak sempat berehat kerana terus menjelajah ke beberapa negeri bagi berkongsi pengalaman misi kemanusiaan itu.
Menurutnya, beliau kini berusaha mendekati generasi muda melalui perbualan santai di media sosial agar mesej perjuangan Pal£st1n lebih mudah diterima.
"Kami cuba bina hubungan dengan generasi Z, sebab kalau terus kongsi perkara berat, mereka mungkin tidak berminat. Jadi kami guna cara santai supaya mesej sampai dengan lebih dekat.
"Saya pun terk£jut bila ramai tanya 'mana geng k@cip?' di media sosial. Ia bukan gelaran yang saya cipta, tapi saya jadikan ia sebagai cara untuk eratkan hubungan sambil berkongsi mengenai Pal£st1n," katanya.
Dalam perkembangan lain, Heliza bersama adiknya, Hazwani akan tampil pada pr0gram Malam Untukmu G@z@ di Kedai Emas Sri Semantan Cawangan Jengka, Pahang, jam 9 malam Jumaat ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment