21 October 2025

RAKAM SEMULA LAGU 'AYAM' DENGAN JUDUL BAHARU, 'MANOK' - AZMEER TERKIL4N NAMA KENA BUANG : "MEMANG MEREKA TULIS LAGU COVER, TAPI MEREKA INI TAK TAHU UNDANG-UNDANG.... DIA TULIS, LAGU DENGAN NAMA MEREKA"



Komposer terkenal, Dr Azmeer telah meluahkan rasa terkil@n berhubung dakwaan dua penyanyi yang merakamkan semula lagu popular ciptaannya, 'Ayam' nyanyian Jalil Hamid dengan judul baharu, 'Manok'.
Kata Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd Azhar Abu Bakar, 59, tindakan mereka secara jelas adalah pelanggaran undang-undang kerana menukar nama asal komposer dan penulis lirik kepada nama mereka.

"Dia sepatutnya tulis lagu oleh Azmeer, manakala lirik Jalil Hamid dan Azmeer. Memang mereka tulis lagu cover, tapi mereka ini tak tahu undang-undang. Dia tulis, lagu dengan nama mereka.

"Sepatutnya nama saya dan Jalil kekal dan susunan atau gubahan semula barulah nama mereka. Lagu (letak) nama dia (sebagai pencipta) tak boleh, sal@h. Itu dari sudut undang-undang sal@hlah.

"Mereka kena edit tukar semula nama asal untuk lagu (Manok) ini, bukan letak nama sendiri. Saya akan merujuk kepada Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP). Saya nak 'sekolahkan' mereka sikit.

"Buat semula lagu ini sangat dialu-alukan, tapi ambil tahulah mengenai hak cipta," ujar Azmeer yang turut berkata, walaupun mereka menokok tambah melodi lagu berkenaan, hak cipta asal tetap miliknya.

"Kira-kira 80 peratus dia ambil melodi lagu saya. (Sepatutnya) nama dia tak boleh ada langsung, r0yalti pun tak boleh diberi kepada dia walaupun dibuat susunan semula.

"Susunan semula dia dapat r0yalti rakaman, tapi r0yalti komposer dia tak boleh ambil. Itu mas@lah budak-budak sekarang yang tak peka dengan hak cipta.

"Saya harap mereka peka. Bukan saya nak ambil tindakan undang-undang. Itu bukan niat saya tapi buatlah cara betul. Ikutkan saya boleh sam@n, publishing company boleh sam@n. tapi kita bagi peluang," tuturnya.

Dalam pada itu, Azmeer yang kini bergelar Pengarah Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia (UUM), memberitahu, beliau tidak melarang lagunya diambil, tetapi perlu dibuat dengan cara yang betul.

"Ini hak harta intelek. Orang lain pun pernah buat semula lagu 'Purnama Merindu' dan lagu lain, tapi caranya betul. Lagu dan lirik letak nama pencipta dan penulis asal. Duit show mereka ambillah. Komposer asal pendapatannya adalah dari r0yalti.

"Jangan ambil hak harta intelek orang," ulasnya yang mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan penulis lirik Azam Dungun yang mendakwa lagu nyanyian dua penyanyi terbabit mempunyai melodi seperti lagu 'Ayam'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: