Nama pelakon dan model, Natasha Hudson nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia bertindak memadam semua gambar berhijab di media sosial miliknya.
Dalam pada itu, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan, 43, menerusi Instagram Stories, telah berkongsi gambar terbaharunya, dimana dia berpakaian renang tanpa mengenakan hijab.
Perkongsian pelakon filem 'Kelab Rojak' itu menimbulkan pelbagai sp£kulasi dalam kalangan pengikutnya yang tertanya-tanya punca di sebalik keputusan pelakon dan model itu.
Berhubung tindakannya itu, Natasha sehingga kini masih belum memberikan sebarang penjelasan.
Klik untuk gambar besar
Seterusnya, sekitar bulan Julai 2025, Natasha dilaporkan kembali mengenakan hijab, tetapi tindakan terbaharunya memadam semua foto berhijab di media sosial itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
Untuk makluman, Natasha Hudson mendirikan rumah tangga buat kali kelima bersama Jay Jasmin pada tahun 2022.
Hasil perkahwinan terdahulu dan terkini, Natasha dikurniakan empat orang anak perempuan iaitu Nesse Helena, Naema Khaleela, Faatimah dan paling bongsu, Kaia yang dilahirkan pada 6 Jun 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment