21 October 2025

NOVEMBER DEPAN - AYIE FLOOR 88 & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA, PEREMPUAN LAGI



"Ya, ianya perempuan. Bertambahlah seorang lagi 'drama queen' atau 'Tasha Awie 3.0'! Semoga berjaya daddy nak melayan tiga perempuan kali ini."

Itulah kata isteri kepada vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham iaitu Tasha Awie, dimana dia berkongsi khabar gembira mereka bakal menimang cahaya mata perempuan buat kali kedua.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Natasha Awi, mendedahkan jantina bayi mereka dengan cara mel£tupkan silinder asap berwarna merah jambu menandakan bakal hadirnya seorang lagi puteri dalam keluarga mereka.

Difahamkan, bayi kedua pasangan ini yang sah bergelar suami isteri pada 20 Oktober 2021 itu dijangka dilahirkan pada 20 November 2025.

Klik untuk gambar besar

Lebih menarik, dalam video berkenaan, Ayie dan Tasha turut memberikan bayangan nama anak kedua mereka akan bermula dengan huruf N dan A.

Permulaan nama itu juga mengikut nama anak sulung mereka, Nayla Amanda yang kini berusia tiga tahun.

Bukan itu sahaja, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, dan isterinya juga telah menyiapkan akaun media sosial khusus untuk bayi kedua mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: