Dalam tempoh 11 hari tayangan, filem 'Syurga Dalam Botol' telah mencatat kutipan lebih RM1.2 juta dan berhubung itu, pengarahnya iaitu Ebi Kornelis meluahkan rasa kegembiraannya.
Ketika dihubungi, Ebi, 42, berkata, ia adalah satu pencapaian buatnya sebagai pengarah dan pada masa sama, membuktikan karya dari luar Lembah Klang khususnya Sabah, juga dapat menarik perhatian penonton.
"Sebenarnya, hari kesembilan filem ini sudah pun mencapai kutipan RM1 juta. Sebagai pengarah, sejujurnya saya tidak menjangkakan pencapaian ini.
"Kalau melihat kepada rekod filem-filem dari Sabah sebelum ini, untuk melepasi angka RM200,000 pun agak suk@r dan biasanya mengambil masa sekitar lima minggu," ujarnya.
Ujarnya lagi, pada peringkat awal, timbul keraguan dalam hatinya kerana ini adalah filem pertama arahannya, selain turut berlakon dalam filem tersebut.
"Saya menghasilkan filem ini tanpa menetapkan sasaran tertentu, hanya berdoa dan berharap sekiranya mampu melepasi RM500,000 seperti yang diberikan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Itu pun saya sudah pun bersyukur.
"Beberapa hari sebelum tayangan, saya sangat gem£ntar. Saya tertanya-tanya, adakah orang nak tengok? Rasa ragu-ragu itu hadir. Kebetulan pada waktu itu kami mengadakan tayangan bersama orang awam dan kru pr0duksi, bukan tayangan perdana.
"Saya tiba awal ke pawagam dan terk£jut apabila melihat orang ramai sudah beratur panjang dari kaunter tiket hingga ke tangga," jelas Ebi yang turut memberitahu, walaupun bajet terhad, dia dan pasukannya menggunakan dana First Time Amateur Filmmaker (FAME) yang diberikan FINAS dengan sebaik mungkin.
"Ramai tidak percaya bahawa filem ini dibuat dengan bajet RM500,000. Segala aspek termasuk lagu-lagu disusun dengan teliti di samping 'color grading' dan sebagainya," tuturnya.
Dalam pada itu, akuinya, karya ini tidak sempurna dan masih banyak yang boleh diperbaiki terutama dari segi teknikal.
"Namun, saya percaya 80 peratus daripadanya berjaya disampaikan dengan baik, dan saya banyak belajar daripada pengalaman ini.
"Saya harap anda yang belum menonton, datanglah ke pawagam sementara 'Syurga Dalam Botol' masih lagi ditayangkan dan berikan sokongan kepada filem tempatan," katanya.
Filem 'Syurga Dalam Botol' mengisahkan anak-anak yang tidak memiliki kewarganegaraan, namun memiliki harapan tinggi dalam hidup.
Selain Ebi, filem ini turut dibintangi Kenneth Torrecampo Oliver, Dg Hasnah, Sharizan Tahir, Quzhairil Lona Walawd, Selhan Ramon dan Abdul Kams Sainali.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment