20 October 2025

TINGGALKAN ERA FM - ELLY MAZLEIN YAKIN DENGAN REZEKI ALLAH, ADA YANG LEBIH BAIK MENANTI



"Macam tak jadi (showcase), saya undur diri dari Era FM. Insya-Allah, kita tunggu rezeki apa yang Allah nak bagi," itulah tulis penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, 45, dimana dia mengumumkan penamatan perkhidmatanmnya sebagai penyampai radio di stesen Era FM.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, berkongsi perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan seorang pengikut di ruangan komen media sosial miliknya pada malam Isnin, yang bertanya mengenai perancangan mengadakan showcase solo.

Pengacara Kilauan Emas 2025 itu bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar dia menamatkan tugasnya di stesen radio berkenaan.

Kenyataan Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu bagai menjawab khabar angin dia bakal undur diri.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, timbul d£sas-d£sus mengatakan Elly bakal meninggalkan Era FM selepas hampir dua tahun mengendalikan segmen Carta Era 40.

Sepanjang dua tahun berkhidmat di Era FM, Elly berjaya mewarnai dunia penyiaran dengan gaya penyampaian bersahaja dan penuh humor, sekali gus menjadikannya antara penyampai yang paling disenangi pendengar.

Selain aktif di konti, Elly juga dikenali kerana sikap prihatinnya terhadap masyarakat, apabila kerap turun padang menyantuni golongan kurang bernasib baik sepanjang berkhidmat di stesen radio tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: