06 October 2025

INGIN CAB4R DIRI SERTA BUKTIKAN KEMAMPUAN SEBENAR - SHASHIC BAKAL JAYAKAN 'STAND UP COMEDY' SOLO



"Lepas saya selesaikan urusan di Muzikal Lawak Superstar musim lima ni, saya akan ada proses cari bahan dan persediaan untuk mengadakan persembahan solo stand up komedi nanti.
"Sekarang ini ada dua lokasi di fikiran saya iaitu Johor Bahru dan Kuantan untuk persembahan nanti, kenapa pilih Johor sebab ramai pelawak semuanya berasal daripada negeri itu jadi memang sesuai saya rasa.

"Ramai tak tahu saya sebenarnya sebelum jadi pelawak di televisyen, saya merupakan pelawak stand up komedi, jadi kalau yang pernah tengok pasti tahu macam mana saya ni walaupun kurang fasih bercakap kan."

Demikian ujar pelawak Shashic Iewan, 34, yang memberitahu, dia bakal muncul dengan persembahan stand up comedy sulungnya berjudul Shashic Lain yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun depan.

Kata Shashic atau nama sebenarnya, Muhammad Noor Shashic Iewan, dia ingin mencab@r dirinya serta membuktikan kemampuan sebenar dalam dunia komedi solo dan disebabkan itu, idea untuk pementasan tersebut terc£tus. dunia komedi solo.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: