Pelakon dan pengacara yang kini menggalas tugas juri pr0gram realiti 'Talk To My Manager' (TTMM), Che Puan Sarimah Ibrahim baru-baru ini telah memuat naik hantaran di Thr£ads.
Dalam hantaran tersebut, Sarimah menulis mengenai lumrah manusia yang tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.
"Manusia, kesimpulannya mana ada cukup sempurna. 'Standing ovation' (bangun dan beri tepukan gemuruh), berat sebelah dan sal@h.
"Tak 'standing ovation', berat sebelah dan sal@h. Berdiri untuk ramai, terlebih tepukan gemuruh.
"Tak bangun untuk sesiapa, neg@tif dan tak menghargai. Bangun lama sangat, s@kit kaki. Duduk lama sangat, s@kit belakang.
"Senyum lama sangat, lain macam jadinya. Tak senyum, somb0ng katanya," tulisnya yang turut men£gaskan bahawa ini adalah dunia hiburan dan itu semua adalah lumrah dan rencahnya.
"Tak apa. Saya sukakannya. Ini adalah hiburan dan TV. Kenapa nak s£rius sangat," ujarnya lagi.
Sementara itu, Sarimah ketika ditemui media, menganggap keputusan pr0duksi untuk melanjutkan pr0gram itu untuk satu minggu lagi adalah peluang berharga buat kesemua peserta.
"Saya rasa sangat adil sebab sebagai seorang penghibur, kita nak menghibur. Bukankah benda itu sesuatu yang bagus?
"Jadi, pendedahan kita lebih tinggi, pengalaman kita lebih banyak dan lebih ramai orang kenal. Kemudian, dapat berlatih lebih.
"Penat, tapi ada sisi p0sitif. Kita jadi penghibur untuk orang lihat kita. Yang s@kit atau apa, boleh bangkit semula sebab ada peluang.
"Yang bagus, boleh jadi lebih bagus," katanya yang mempunyai seorang anak perempuan, Tunku Sofia Najihah hasil perkahwinan bersama Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment