"Ini bukan BPR (Bumiputra Rockers). Ini band saya 100 peratus. Saya dan anggota kumpulan lama masing-masing ada haluan sendiri.
"Saya lebih senang anggap buka lembaran baru. Buang yang k£ruh ambil yang jernih. Mereka jalan sendiri. Dah ada penyanyi baru. Semua di Johor.
"Saya tak kac@u. Tak guna nama mereka. Saya cuma nyanyi lagu yang saya pernah nyanyi. Saya boleh buat apa yang saya suka. Selagi ahli Joeys Band setuju, mereka boleh ikut."
Demikian jelas penyanyi Joey, 62, dimana dia kini menubuhkan band baru iaitu Joeys Band bagi mengiringinya dalam mana-mana persembahan.
Kata Joey, dia yang mencipta nama bersama kumpulan terdahulu, BPR (Bumiputra Rockers) pada era 1990-an, tidak mengg@nggu mana-mana pihak kerana hubungan dengan anggota kumpulan itu tiada sebarang mas@lah.
Tambah pemilik nama sebenar, Johari Mat Rozekhi, ini lagi, dia sememangnya mewujudkan studio untuk kumpulan lamanya berlatih.
"Tapi semua dah pindah Johor, maka studio terbiar. Dengan adanya band baru, saya gunakan studio sepenuhnya. Saya upgrade untuk streaming. Dan cuba buat live.
"Alhamdulillah... nampaknya berhasil. Ia merupakan satu cara prom0si yang menuju terus pada peminat. Saya boleh baca komen-komen mereka. Apa yang mereka mahu dan apa yang mereka suka.
"Mereka dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Juga dari kepulauan Indonesia pun ada," tuturnya yang turut berkata, cara ini lebih menyeluruh daripada membuat konsert yang ditonton contohnya 1,000 penonton.
"Saya macam tak percaya bila gitaris saya, Eady cakap, 35,000 penonton bang, sambil tunjuk telefon. Saya jadi terk£jut. TikT0k cepat naik.
"Kelmarin saya buat di Facebook, 70,000 penonton. Tapi pelan-pelan buat. Saya baru 'set up' sistem bunyi, jadi ada banyak yang kena baiki.
"Yang best itu. Pagi bangun tidur, ada banyak mesej. Show sana sini. Show tahun baru pun orang dah tempah. Kebanyakannya event korp0rat terdiri dari bank dan lain-lain," ujar Joey.
Dalam pada itu, menurut Joey lagi, anggota band ini masih muda selain juga kurang pengalaman dan berhubung itu, mereka perlu banyak berlatih untuk betul-betul mahir.
"Pemain dram Danish, 22, adalah anak Ujang Exists. Begitu juga Aedy, pemain gitar masih muda. Hanya Akin, pemain bass, ada pengalaman dengan Jinbara.
"Jadi dia jaga bahagian muzik arrangement. Band ini bukan untuk show, tapi event korp0rat. Tapi kalau ada yang nak panggil untuk show. Saya jalan saja.
"Saya tak harap apa-apa. Rezeki masing-masing. Ini band baru. Saya seronok. Kalau orang nak panggil, Alhamdulillah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment