04 October 2025

PERLU REHAT SETAHUN UNTUK PULIH PEMB£DAHAN JANTUNG - NAZREY JOHANI GAGAH DIRI PENUHI TAWARAN MENYANYI YANG DAH TEMPAH AWAL



"Macam saya menyanyi, bila nak nyanyi memang terasa kekuatan itu belum sediakala, tak boleh sepenuhnya. Doktor pun larang saya untuk naik kapal terbang dalam masa enam bulan kerana ris1konya tinggi."

Itulah ujar penyanyi dan pendakwah, Nazrey Johani, 54, dimana dia memerlukan tempoh setahun untuk pulih sepenuhnya sebelum aktif semula dalam nyanyian selepas menjalani ujian angi0gram serta memasukkan st£n dan belon dibahagian kiri dan kanan jantung Ogos lalu.

Nazrey yang pernah bersama kumpulan Raihan itu berkata, selepas rawatan jantung, dia ditawarkan banyak undangan mengadakan persembahan, namun perlu menjaga kesihatan dengan rapi.

"Dalam masa nak masuk lebih dua bulan ini, dah tiga persembahan saya ambil. Tapi memang terasa lah tak kuat. Saya hanya ambil undangan di Sabah kerana di Kuala Lumpur belum boleh.

"Memang yang menunggu saya untuk di KL pun banyak, tapi tak boleh buat apa-apa lah sebab terpaksa tolak. Nanti dululah saya pun tak berani nak naik kapal terbang.

Klik untuk gambar besar

"Masa persembahan yang pertama, saya beritahu penganjur, saya masih dalam pantang kerana s@kit jantung. Mereka terk£jut dan terus panggil ambulans untuk 'standby'," katanya yang bersyukur mereka memahami keadaannya.

Dalam pada itu, Nazrey berkata, dia melakukannya atas kehendak penganjur ketika mengulas mengenai kenapa dia perlu mempert@ruhkan nyawanya semata-mata untuk menyanyi.

"Sebab show ini kan mereka dah tempah saya sejak awal iaitu sebelum saya kena s£rangan jantung lagi. Tawaran di tiga tempat itu dibuat sebelum saya s@kit.

"Mereka tempah saya dan dah mulakan prom0si. Itu yang saya, bila rasa macam dah okey bolehlah gagahkan diri juga. Masa show yang terawal saya pergi itu pun, saya telefon tanya dah ada pengganti kah?

"Mereka jawab tak ada lagi ustaz. Kalau boleh ustaz datanglah. Jadi saya cubalah. Lagi satu, saya kena training juga untuk keluarkan suara," tuturnya yang juga memberitahu, jika tidak buat begitu kotak suaranya tidak akan terbiasa semula seperti dahulu.
"Saya fikir itu juga. Malah doktor pun cakap, okay kalau saya nak pergi juga. Katanya selepas sebulan, boleh pergi sebab saya kena latih-latih juga balik.

"Betul lah bila saya menyanyi, memang saya dah tahu rasa s@kit dia macamana sebenarnya. Sebelum ada mas@lah jantung boleh saja tarik suara.

"Tapi ini memang kena kumpul, tarik nafas betul-betul baru lepaskan. Baru boleh dia macam kita boleh capai third note. Doktor memang nasihatkan begitu," jelasnya.

Selain itu, Nazrey turut berkongsi mengenai perkembangan lain, dimana dia kini bergabung semula dengan kumpulan asalnya, The Zikr dan berkolaborasi dengan Yabang (bekas vokalis kumpulan Khalifah) menerusi single berjudul 'Mengemis Kasih'.

Karya agung nukilan Nazrey bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini diberi susunan muzik baharu dan dilancarkan pada 26 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: