20 October 2025

ISMAIL IZZANI SOKONG KOLABORASI SERANTAU, TOLAK DAKWAAN ARTIS MALAYSIA AGUNGKAN PEMUZIK INDONESIA : "TIDAK ADA SAL4HNYA KERANA PEREDARAN MUZIK BERLALU SANGAT CEPAT"



"Bagi saya perkataan 'mengagungkan' itu tidak sesuai. Pendengar kita boleh belajar banyak tentang muzik dari Indonesia. Genre muzik di sana sangat besar.

"Kalau netizen nak cakap macam itu tidak sal@h, masing-masing ada pendapat sendiri. Cuma saya melihat kolaborasi ini tidak ada sal@hnya kerana peredaran muzik berlalu sangat cepat."

Demikian ujar penyanyi Ismail Izzani, dimana dia menolak pandangan segelintir netizen yang mendakwa artis tempatan terlalu mengagungkan pemuzik dari Indonesia, susulan semakin banyak kolaborasi muzik antara dua negara itu.

Dalam pada itu, Ismail atau nama penuhnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, berkata, kolaborasi rentas negara adalah perkara biasa dalam industri muzik moden yang sentiasa berkembang dan berhubung itu, dakwaan tersebut adalah kurang tepat.

Klik untuk gambar besar

Anak kepada penyanyi 1980-an, Datin Suliza Salam ini turut meluahkan rasa gembira melihat perkembangan p0sitif dalam industri muzik serantau, khususnya di Asia Tenggara yang kini lebih terbuka kepada pelbagai genre dan kerjasama merentas sempadan.

Selain itu, tutur Ismail lagi, dia melihat kolaborasi penyanyi Ernie Zakrie dan Ara Johari bersama komposer Indonesia sebagai satu penanda aras kemajuan industri muzik tempatan.

"Sejujurnya saya sangat gembira melihat industri muzik sekarang lebih-lebih lagi di Asia Tenggara. Saya seronok lihat negara luar kerana mereka sangat terbuka untuk menerima pelbagai genre muzik.

"Secara tidak langsung, pendengar kita dapat belajar banyak tentang muzik dari luar. Dulu agak berbeza, cuma sekarang ini saya lihat kita banyak bekerjasama dengan negara luar seperti yang dilakukan Ernie dan Ara Johari.
"Saya harap ramai lagi artis Indonesia yang akan berkolaborasi dengan artis Malaysia selepas ini," ujarnya yang turut berkongsi, sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan beberapa pemuzik dari Indonesia, namun rakaman dijalankan secara berasingan.

Disamping itu, penyanyi lagu 'Sabar' dan 'Bidadari' itu juga memberitahu mengenai perkembangan terkininya, dimana dia juga bakal ke negara jiran itu untuk merakamkan lagu baharu.

"Sebelum ini memang saya ada bekerjasama dengan beberapa pemuzik di Indonesia tetapi saya tidak ke sana untuk merakamkan lagu. Kami rakam secara berasingan.

"Walau bagaimanapun ia merupakan pengalaman yang menarik. Insya-Allah tak lama lagi saya akan ke Indonesia untuk proses rakaman lagu baharu dengan komposer di sana," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: