"Tiga hari kita sama-sama tak dapat tidur malam. Uqaira batuk t£ruk, ibu pun dem@m. Empat kali dah pergi klinik. Tak mengapa saya akan berjaga untuk awak (anak). Anak ibu kuat dan ibu pun kena kuat untuk awak."
Itulah tulis pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia sudah tiga hari bersangkang mata apabila terpaksa menjaga anaknya, Hawra Uqaira yang mengalami batuk t£ruk.
Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, memaklumkan, dirinya bukan sahaja tidak cukup rehat, malah turut dem@m.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi, dia hanya sempat melelapkan mata seketika sekitar pukul 5 pagi, sebelum perlu bersiap untuk menjalani penggambaran dua jam kemudian.
"Tak mengapa sayang, saya tahu awak tak sihat, dah pergi sw@b di klinik empat kali dan dah bagi Uqaira makan ubat. Sekarang ibu boleh tidur sekejap sudah hampir pukul 5 pagi. Nanti pukul 7 pagi ibu kena kerja.
"Kita tidur sama-sama kejap okay, ibu nak Uqaira cepat sembuh supaya kita berdua boleh dapatkan tidur yang cukup. Nasib ibu dah hari-hari berjaga malam masa awak baru lahir, Alhamdulillah," tuturnya.
Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment