20 October 2025

BAKAL TIMANG CAHAYA MATA SULUNG LELAKI - ATIQ AZMAN LUAH RASA SYUKUR : "TAK SABAR UNTUK BERTEMU DENGAN PUTERA KECIL KAMI TIDAK LAMA LAGI"



Baru-baru ini, pelakon Atiq Azman dan isterinya, Alia Natasha telah mengadakan majlis 'gender reveal' cahaya mata sulung mereka yang diadakan pada Sabtu lalu.

Menerusi majlis tersebut, Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, mengumumkan dia dan isterinya itu bakal menimang cahaya mata lelaki

Atiq dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur atas rezeki dikurniakan zuriat dan tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung bersama isterinya.

"Malam yang tidak akan dilupakan, Alhamdulillah atas anugerah yang indah ini, kami bakal dapat anak lelaki. Hati kami penuh dengan rasa syukur.

"Tak sabar untuk bertemu dengan putera kecil kami tidak lama lagi, Insya-Allah," tuturnya yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada perkongsian itu, kelihatan Atiq dan isteri berpelukan meraikan berita gembira tersebut bersama tetamu yang hadir selepas l£tupan itu mengeluarkan asap berwarna biru sebagai tanda jantina cahaya mata mereka.

Disamping itu, Atiq juga menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan yang hadir serta berkongsi kegembiraan bersama mereka.

"Kami amat bersyukur atas detik ini dan terima kasih kepada semua yang berkongsi kegembiraan bersama kami," ujarnya.

Untuk makluman, Atiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu dan pasangan ini mengumumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada Jun tahun sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: