"Ketika itu, saya sibuk dengan A To Z, jadi tak ambil peduli sangat dengan wang (pampasan) itu. Orang kampungkan, bila kali pertama dapat duit banyak, dia macam k£jutan budaya.
"Masa mula-mula dapat, ratus ribu juga. Saya dengar macam-macam jadi, berg@duh adik-beradik, berg@duh anak beranak, yang nak kahwin baru, kahwin baru.
"Tak kurang ada yang bercerai-berai. Ada yang beli barang tapi tak pakai pun. Itu biasalah sebab duit banyak. Yang beli kereta tapi tak tahu bawa pun ada. Macam-macam lagilah."
Demikian kata penyanyi kumpulan A To Z, Lan, dimana dia yang bakal menerima pampasan tanah Felda Sungai Buaya milik Allahyarham bapanya itu mahu mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku sebelum ini.
Jelas Lan atau nama sebenarnya, Norazlan Abdul Aziz, 56, yang juga generasi kedua, pampasan fasa pertama sekitar penghujung 90-an ketika itu diterima oleh bapanya.
Dalam pada itu, menurut lagi, terdapat pro dan k0ntra dalam penerimaan wang pampasan ini kerana ada yang bijak berbelanja dan ada yang habis begitu sahaja.
"Ada yang beli tanah, ada beli rumah. Yang tua-tua pergi haji. Yang tak berapa nak pandai itu apa nak buat lagi. Duit itu pun sebenarnya diberi sikit demi sikit.
"Bila duit habis, ada yang mula kerja sebagai jaga. Yang tak pandai nak uruskan kewangan itu mungkin balik kepada kerja kampung semula seperti asal.
"Padahal kalau pandai urus, duit yang dapat mula-mula itu boleh buat macam-macam. Boleh buat berniaga, apa semuakan, tapi tak adalah yang hidup melar@t sangat," ujarnya yang popular dengan lagu 'Itik Gembo-Gembo' itu.
Disamping itu, Lan meluahkan rasa amat bersyukur kerana pampasan yang mengambil masa 31 tahun itu akhirnya selesai.
"Pembayaran ini adalah baki terakhir yang ada. Jadi saya nak ingatkan generasi kedua termasuk saya sendiri agar jangan buat sil@p apa yang berlaku sebelum ini.
"Duit ini macam air mengalir, jadi, kalau nak membeli pun, kita beli barang yang betul-betul perlu sahaja. Kalau ada lebihan, l@burkan dalam pel@buran yang sah.
"Duit yang ada, saya tak ada perancangan besar dan lebih pada menyimpan. Mungkin saya akan guna untuk 'upgrade' peralatan sistem audio," tuturnya yang menyediakan peralatan sistem bunyi dan menjadi pengacara untuk pelbagai majlis.
Selain itu, Lan turut berkongsi, dia masih terk£san dengan pengalaman p£rit yang dilalui semasa Perint@h Kaw@lan Perg£rakan (PKP) hingga terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga.
"Mulanya saya buat sewaan sistem audio dan pengacara, tapi terpaksa berhenti akib@t PKP. Selepas itu, saya cari buluh lemang untuk dijual... sangat p£rit.
"Sebenarnya sebelum PKP pun saya sudah sus@h dan sampai satu tahap rasa sampai tak ada apa-apa. Tahun 2025 ini, Alhamdulillah... banyak rezeki, syukur kepada Allah SWT," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment