"Sebenarnya Lotter merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan. Dia sudah bertunang setahun dengan wanita asal Sabah tetapi kini bekerja di Dubai.
"Tunang dia (mendiang Lotter) pun sudah sampai semalam (Ahad) di Sabah untuk beri penghormatan terakhir.
"Sekarang ini sepatutnya dia (mendiang Lotter) banyak urusan sebelum kahwin untuk buat segala persiapan tetapi apa kan daya."
Itulah jelas penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Felix Agus, 43, mengenai rakan seperjuangannya dalam dunia seni iaitu mendiang, Lotter P. Edwin Edin.
Pemergian Lotter yang merupakan naib juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), pada malam Sabtu meng£jutkan ramai pihak, termasuk Felix.
Kata Felix, apa lebih menyedihkan baginya apabila mengenangkan hasrat sahabatnya itu untuk mendirikan rumah tangga yang sepatutnya dirancang awal tahun hadapan.
Melihat kesedihan yang dilalui oleh tunang mendiang, Felix sedar tidak mudah buat wanita itu berdepan dug@an kehilangan orang tersayang.
Ujar Felix, dia sebagai sal@h seorang teman rapat itu turut meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku.
Klik untuk gambar besar
Kongsi Felix lagi mengenai keadaan kesihatan Lotter sebelum ini, dia mendedahkan bahawa mendiang pernah mengalami mas@lah tir0id dan s£sak nafas sejak tahun lalu.
Bagaimanapun jelasnya, dia tidak menyangka keadaan Lotter menjadi s£rius, namun mendiang masih cuba menyembunyikan rasa s@kit itu.
"Sebelum ini apa yang saya tahu memang dia s@kit tetapi tidak tahu pula set£ruk ini. Mas@lah tir0id yang dialaminya pada tahun lalu dan dia memang kerap s£sak nafas, cuma baru-baru ini mas@lah s£sak nafas itu menjadi makin s£rius.
"Tapi saya lihat keadaan dia okay saja, mungkin juga dia menyembunyikan s@kit yang dia alami. Dia cuba buat macam biasa. Apabila saya mendengar berita kem@tiannya, saya benar-benar terk£jut tak sangka dia pergi begitu cepat," tuturnya.
Pada Sabtu lalu, Lotter meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 10.50 malam.
Menurut sumber, Lotter dimasukkan ke hospital pada awal pagi Sabtu selepas mengalami kesuk@ran bernafas.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment