"Bila saya periksa di kedai yang buat aduan (netizen komen-komen neg@tif) itu tidak datang ke kedai pun. Perkara itu tidak baik. Kedai tidak terk£san sangat dengan komen begitu.
"Alhamdulillah jualan sangat baik. Setakat ini yang datang semua kata makanan okay. Saya panggil food review ramai dan memang dah maklumkan mereka boleh bagi ulasan jujur."
Demikian kata pelawak dan usahawan, Mamat Sepah, 40, dimana dia menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan makanan dijual di kedai makannya iaitu Sepah Penyet, tidak sedap seperti diperkatakan di media sosial.
Jelas Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, dia sudah menyemak dakwaan tersebut dan mendapati individu yang meninggalkan komen neg@tif itu sebenarnya tidak pernah berkunjung ke pr£misnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment