17 October 2025

ISTERI NUBHAN AKUI KALI PERTAMA DICERAIKAN KETIKA HAMIL ANAK SULUNG, SEBELUM RUJUK SEMULA



Semua sedia maklum mengenai Nubhan, 39, dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah, 36, yang ketika ini dalam pr0ses bercerai selepas penyanyi dan usahawan itu melafazkan talak kali kedua pada 26 Ogos lalu selepas mereka pulang dari keluar makan.
Dalam pada itu, Afifah berkongsi, dia pertama kali diceraikan oleh suaminya itu pada 2017, dimana ketika itu, dia sedang hamil anak sulung.

"Saya diceraikan kali pertama ketika hamil anak sulung," akuinya ketika menjawab pertanyaan berkenaan talak dilafazkan suaminya pertama kali pada 2017.

Perjelasan Afifah itu susulan dia yang diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memohon mahkamah mengesahkan dahulu lafaz cerai kali pertama lapan tahun lalu serta rujuk, sebelum pr0siding pengesahan talak kedua pada 26 Ogos lalu disebut.

Dalam pada itu, Afifah turut diminta mengulas alasan tidak mendaftarkan cerai serta rujuk ketika masih dalam idah dahulu, dimana katanya, dia menyerahkan urusan terbabit kepada suami.

"Itu (patutnya diuruskan) Nubhan," katanya yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada pukul 9.40 pagi semalam bagi pr0siding pengesahan lafaz cerai difailkan suaminya itu.

Disamping itu, Afifah yang juga merupakan seorang doktor gigi itu sebak ketika mengesahkan, dia kini tinggal di kediaman baharu dengan anak-anak sahaja selepas mengakui tidak lagi sebumbung dengan suaminya itu.

Sebelum ini, Nubhan menc£tuskan k£jutan apabila memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 2 September lalu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, yang sentiasa berkongsi kebahagiaan di laman sosial itu mengundang pelbagai sp£kulasi atas tindakannya yang secara meng£jut itu.

Untuk makluman, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: