18 October 2025

"KALAU BOLEH BINCANG, BAWALAH BERBINCANG ELOK-ELOK... SAYANG, BAND PUN DAH LAMA" - DIN SEARCH ULAS ISU WINGS



Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib atau Din tampil mengulas isu pengunduran dua bekas anggota Wings iaitu Eddie (pemain bass) dan Black (dram), dimana dia berkata, satu kerug1an kerana kumpulan legenda itu sudah lama bertapak iaitu 40 tahun dan mempunyai peminat yang ramai.
"Kalau boleh bincang, bawalah berbincang elok-elok. Sayang, band pun dah lama. Tapi kalau dah itu keputusan mereka, apa nak kata. Kita hanya boleh tengok dan lihat sahajalah tanpa fikir yang bukan-bukan.

"Mungkin mereka kena duduk semeja dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Datuk Awie pun tak boleh disalahkan kerana bukan dia yang keluarkan mereka," katanya yang dalam masa sama mengakui tidak berniat mencampuri urusan Wings.

Disamping itu, ulas Din lagi, hanya Eddie dan Black tahu punca sebenar pengunduran mereka dari Wings dan orang luar tidak perlu membuat sp£kulasi yang bukan-bukan.

"Cuma mereka dah lama bersama dan kenal hati budi masing-masing. Harapan saya, kalau boleh mereka bawalah ke meja perbincangan. Buka hati masing-masing. Kena fikir hari pertama mereka bersama tubuhkan Wings.

"Saya rasa banyak lagi isu yang sebelum ini yang berat-berat, mereka boleh kendalikan. Sebenarnya saya pun masih lagi terk£jut dengan berita ini. Dia kena ada keharmonian antara mereka.

"Lagipun selama ini orang nampak keakraban mereka seperti satu keluarga," ujarnya yang turut berkata, sekiranya bertemu mereka berdua, dia akan bercakap perkara sama iaitu berbincang elok-elok sebelum membuat sesuatu keputusan.

Terdahulu, Eddie dan Black meng£jutkan industri hiburan tanah air apabila membuat kenyataan mengundurkan diri dari Wings pada 8 Oktober lalu.

Pengumuman ini dibuat ketika Wings sedang melakukan persiapan untuk 'Konsert Wings 40 Tahun Celebration' yang dijadualkan berlangsung pada 28 November serta 24 Disember di Singapura.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: