18 October 2025

DILANTIK PROFESOR ANJUNG UNIVERSITI TAYLOR - SITI SALEHA LUAH RASA TERUJA : "MEMULAKAN BABAK BARU... TERIMA KASIH, TAYLOR'S PERFORMING ARTS ATAS PENGHORMATAN LUAR BIASA INI"



"Ia amat bermakna untuk dapat berkongsi, belajar, dan berkembang bersama minda-minda yang begitu menginspirasi. Mari kita bentuk cerita-cerita yang melangkaui sempadan bilik kuliah!

"Terima kasih, Taylor's Performing Arts atas penghormatan luar biasa ini. Saya benar-benar berasa rendah diri dan teruja untuk memulakan babak baru sebagai Profesor Adjung."

Demikian luah pelakon Siti Saleha apabila dia kini dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung bagi pr0gram Sarjana Muda Seni Persembahan di Universiti Taylor yang akan berkuat kuasa September 2025 hingga Ogos 2027.

Berhubung perlantikan itu, Saleha, atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 35, menyifatkannya sebagai satu babak baharu yang cukup bermakna dalam hidupnya.

Kata Saleha, dia berasa teruja untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk menyumbang pengalaman serta ilmu dalam dunia seni persembahan.

Klik untuk gambar besar

Saleha yang berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen hantaran foto pengumuman pelantikannya di media sosial, berharap tanggungjawab baharu itu akan menjadi ruang untuk saling berkongsi, belajar dan berkembang bersama pelajar serta para akademik.

Sebelum ini, perlantikan tersebut diumumkan menerusi media sosial rasmi 'Taylors Performing Arts' serta mengalu-alukan kehadiran Saleha.

Dalam pada itu, pihaknya berharap kehadiran Saleha dapat menyuntik semangat baharu pelajar yang mengambil jurusan Sarjana Muda Seni Persembahan di pusat pengajiannya.

"Kami ingin mengalu-alukan pelakon Malaysia yang juga pemenang anugerah, Siti Saleha selaku profesor adjung kami!
"Berbekalkan pengalaman dalam industri televisyen dan perfileman, beliau bakal berkongsi pandangan dan menyuntik inspirasi untuk pr0gram Sarjana Muda Seni Persembahan kami.

"Selamat datang, Profesor Adjung Siti Saleha!" tulis hantaran berkenaan.

Terdahulu, Saleha dinobat Bintang Asia Terbaik – Malaysia pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024.

Dalam majlis anugerah itu, Saleha men£waskan lima lagi pesaing termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: