18 October 2025

ISTERI NUBHAN LUAH RASA SYUKUR DIATAS SEGALANYA, MESKIPUN TIDAK BERAKHIR SEPERTI YANG DIHARAPKAN : "SEMOGA ADA KELEMBUTAN DALAM HATI DIA UNTUK SAYA & ANAK-ANAK... TAK DAPAT TENGOK ABAH, TENGOK ANAK IBU SORANG NI PUN CUKUP DAH"



"Alhamdulillah untuk segala-galanya, walaupun babak yang tidak berakhir seperti yang saya harapkan. Perjalanan ini tidak mudah. Tapi saya memilih untuk melangkah dengan hati yang tenang.

"Saya masih ada kasih dan sayang untuknya, dan saya benar-benar mendoakan kebaikan untuknya. Semoga Allah membimbing kami berdua ke jalan yang terbaik, menyembuhkan apa yang luka, dan menggantikan setiap kehilangan dengan rahmat-Nya."

Itulah tulis isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian Afifah itu menjadi perhatian apabila dia meluahkan rasa syukur diatas segalanya, meskipun perjalanan rumah tangganya tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Akui Afifah lagi, perjalanan tersebut tidak mudah untuk dit£mpuhi apabila ia penuh dengan pelbagai ujian dan dug@an, namun sedia mengharungi dengan tabah.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini dalam masa sama turut mendoakan yang terbaik buat Nubhan, selain berharap penyelesaian terbaik.

Disamping itu, isteri Nubhan ini juga berdoa agar keajaiban dari Allah untuk melembutkan hati suaminya itu selepas mendapati ramai dikalangan pengikut dan warga maya menzahirkan sokongan serta doa kepadanya.
"Terhibur hati hari ini, tiba-tiba ada masa baca kata-kata semangat kalian. Doa yang baik-baik untuk saya dan Nubhan ya. Semoga ada kelembutan dalam hati dia untuk saya dan anak-anak. Boleh ke macam itu? Bolehlah ya," tuturnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain pula, Dr. Afifah turut memuat naik gambar anak lelakinya dengan kapsyen, "Tak dapat tengok abah, tengok anak ibu sorang ni pun cukup dah."

Sebelum ini, berita perceraian Nubhan dan isterinya itu ternyata meng£jutkan ramai, apatah lagi rumah tangga pasangan ini sudah menjangkau 10 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: