"Memang kami betul-betul duduk depan Kaabah untuk tunggu solat Maghrib. Tiba-tiba dapat 'text' daripada Lola. Dia tanya, boleh tak 'join'?
"Dia beritahu Ali s@kit dan sebagainya serta tanya, boleh tak 'join' XPDC? Bagi saya mudah saja, kita tengok Kaabah, kita tengok 'text message' itu dan cakap, oh, okeylah.
"Boleh sajalah. Ini macam saya tolong kawan dan 'support' mereka. Kira ia rezeki daripada Allah," ujar vokalis kumpulan XPDC, Mamu, 50, dimana dia dilamar menyertai kumpulan popular itu ketika sedang mengerjakan umrah bersama isterinya tahun lalu.
Kongsi Mamu, dia dan isterinya berada di depan Kaabah apabila mendapat mesej daripada Lola, pemain dram XPDC yang menawarkan peluang ini.
Dalam pada itu, Mamu berkata, dia tidak pernah beraksi dengan XPDC sebelum itu, namun pernah diajak mengadakan persembahan dengan mereka.
"Kali pertama Abang Ali kena strok, mereka ada hubungi saya. Tapi masa itu saya tinggal di Brunei dan ketika itu wabak C0V1D sedang menul@r.
"Mereka nak buat jualan amal untuk bantu Abang Ali di Warisan Hall, Sijangkang tapi saya tak dapat balik. Kemudian Ali sihat dan mereka terus bergerak seperti biasa.
"Dulu saya menyanyi dengan Primed (diterajui JoBranko) sekejap dan sehinggalah berlaku C0V1D kita tak ada apa-apa pr0jek. Selepas itu dia bersama Abang Muss tubuhkan Barbarik.
"Sebenarnya ia sesuatu yang bagus kerana kedua-duanya ada pengalaman bersama Abang Muss memang berhak duduk di situ. Barbarik pun dah sukses sekarang," katanya.
Mamu yang mempunyai tiga anak tiri yang sudah dewasa, berkata, dia juga tidak aktif menyanyi di kelab lagi dan lebih terarah kepada 'private function' sebelum menyertai XPDC.
"Dua tahun lepas saya pernah menyanyi dengan kumpulan Babylon untuk konsert Lagenda Rock di Megastar Arena. Selepas itu saya balik semula ke Brunei.
"Isteri saya orang Brunei. Kami kahwin pada 2019 dan saya dah tujuh tahun menetap di sana. Saya balik Malaysia untuk show sahaja dengan XPDC. Habis show, saya balik Brunei semula.
"Isteri saya berasal dari Jerudong dan pernah kerja di Kuala Lumpur. Rezeki dia selepas berkahwin dapat tawaran kembali dengan syarikat minyak di negara asalnya.
"Keluarga saya hanya akan datang semasa show," jelasnya yang turut memberitahu, dia akan berada Malaysia selama tiga bulan untuk komitmen bersama XPDC dan akan pulang ke Brunei selepas itu.
Dalam pada perkembangan lain, Konsert Fenomena Samurai yang menggandingkan Search dan XPDC ini akan berlangsung pada 13 Disember di Stadium Sarawak, Kuching.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment