18 October 2025

"UMUR 35 SUDAH PAKAI LAMBORGHINI" - RAMAI KAGUM DENGAN TEMAN RAPAT NORA DANISH, MICKEY AYO BERJAYA MILIKI KERETA MEWAH



"Terima kasih belanja sarapan hari ini, baik orangnya patutlah dapat pakai Lambo (Lamborghini)."

"Teruskan beri kami inspirasi, umur 35 sudah pakai Lambo."

Demikian antara luahan dibuat rakan-rakan Mickey Ayo dalam gambar yang dikongsi semula jejaka yang dikaitkan dengan pelakon Nora Danish itu di media sosial.

Perkara itu dikongsikan rakan-rakan Mickey yang berasa kagum dengan pencapaian jejaka berusia 35 tahun itu selepas berjaya memiliki kereta mewah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Nama Mickey sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dilihat memandu kereta mewah jenama Lamborghini.

Difahamkan, Mickey mengikuti konvoi kereta mewah bersama rakan-rakannya ke Genting Highland, Pahang.

Klik untuk gambar besar

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Mickey dilihat mesra melayani orang ramai, malah dia juga tidak lokek berkongsi senyuman.

Sebelum ini, hubungan Nora dan Mickey menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu membuat video istimewa sempena ulang tahun jejaka berkenaan pada 15 Oktober lalu.

Kontr0versi hubungan mereka mula terc£tus apabila Nora berkongsi foto seorang lelaki berkopiah dipercayai Mickey sebelum memuat naik pula gambarnya mencium kopiah milik individu berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Mickey muncul dalam sepotong video berbaju Melayu lengkap bersamping, sambil memegang sekeping kad undangan tertera huruf 'M' dan 'N' serta tarikh pernikahan, 8 September.

Susulan kek£cohan yang timbul, Nora kemudian tampil menjelaskan, tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung, selain menafikan pembabitannya dalam sebarang kempen pemasaran berkaitan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: