21 October 2025

JOHAN AKUI SELAGI DIA MASIH HIDUP, KEKAYAAN BUKAN UNTUK ANAK-ANAK TAPI HANYA UNTUK ISTERINYA : "SAYA SUDAH BEKALKAN TIGA PERKARA PENTING IAITU PENDIDIKAN, ILMU & PELAJARAN"



"Saya bekerja keras baik sebagai penyampai radio dan usahawan sebab maklumlah anak kami ramai. Kami t@nggung segala perbelanjaan mereka. Mereka nak apa, kami berikan. Tiada subs1di.
"Tetapi saya tidak harapkan bal@san daripada mereka. Saya hanya pastikan mereka dapat pendidikan yang terbaik, itu tanggungjawab saya sebagai bapa."

Demikian jelas penyampai radio dan pelawak, Johan, dimana segala kerja keras dan kekayaan yang dikumpulnya adalah untuk memberi keselesaan kepada isteri tercintanya, Ozlynn dan bukan untuk diwariskan kepada anak-anaknya.

Kata Johan, sebagai bapa, dia sudah berikan pendidikan yang cukup kepada enam anaknya untuk mencari harta sendiri dan dia tidak mengharapkan sebarang bal@san.

Dalam pada itu, ujar Johan lagi, tiada harta yang akan diserahkan kepada anak-anak selagi dirinya masih hidup, selain dia juga percaya bahawa anak-anak perlu mencari kejayaan berdasarkan minat serta kemampuan mereka sendiri.

"Apa yang saya cari hari ini bukan harta untuk anak cucu saya, sebaliknya untuk isteri. Sebab saya sudah bekalkan kepada anak-anak dengan tiga perkara penting iaitu pendidikan, ilmu dan pelajaran.

"Dengan tiga perkara ini, saya mahu mereka keluar dan cari kekayaan sendiri. Kalau nak kekayaan saya juga, lebih baik jadi pembantu peribadi. Saya berikan rumah, kereta semua.

"Selagi saya hidup, kekayaan saya bukan untuk mereka. Saya mahu mereka belajar berdikari dan faham nilai usaha. Lagipun, anak tidak semestinya minat apa yang kita minat. Kita kena terima dan galakkan mereka teroka minat mereka sendiri," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: