21 October 2025

KEDAI BAKERI TAK JADI TUTUP SELEPAS BERBINCANG DENGAN PIHAK PENGURUSAN - ZAHNITA WILSON MAHU AMBIL MASA REHAT, KUMPULKAN SEMULA SEMANGAT



"Saya nak ambil peluang ini untuk jelaskan. Saya boleh pastikan kedai bakeri tidak akan ditutup. Pihak pengurusn telah selesaikan dengan lancar."

Itulah kata pelakon dan model, Zahnita Wilson, 40, yang tampil menjelaskan bahawa beliau tidak akan menutup kedai bakeri miliknya yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Maklum Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, perniagaan tersebut akan terus beroperasi selepas berbincang dengan kumpulan pengurusan.

Zahnita yang berkongsi perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, turut mengakui bahawa perkongsian terdahulu dibuat disebabkan perasaannya yang terk£san dengan situasi yang dihadapi.

Klik untuk gambar besar

"Saya merasakan bvrnout. Namun, saya tidak akan putus asa. Saya hanya akan ambil masa untuk berehat daripada bisnes ini bagi berfikir dan mendapatkan semula semangat," luahnya.

Sebelum ini, Zahnita memberitahu tentang penutupan op£rasi pr£mis berkenaan kerana terpaksa men@nggung kerug1an akib@t jualan yang kurang memberangsangkan.

Malah, Zahnita menerusi temu bual bersama media, juga mendedahkan telah mel@burkan sebanyak RM150,000 sebagai modal permulaan perniagaan tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: