21 October 2025

TAMPIL BERTUDUNG - ANAK SITI SAERAH, UMAIRAH MOHON DOAKAN DIRINYA & KELUARGA



"Doakan saya dan keluarga ya," demikian tutur anak kepada penyanyi Siti Saerah iaitu Umairah atau mesra disapa Umai, 14, dimana dia hanya meminta doa buat dirinya dan keluarga selepas tampil dengan imej bertudung apabila memuat naik beberapa foto terbaharunya itu di media sosial.

Berhubung penampilan anak perempuannya itu, Saerah meluahkan rasa syukur dengan keputusannya untuk bertudung, sekali gus memohon doa yang baik-baik agar Umairah kekal istiqamah dengan perubahan berkenaan.

Dalam pada itu, Saerah menjelaskan, anak perempuannya itu sendiri menyatakan sudah bersedia untuk bertudung dan dia semestinya sangat menyokong, meskipun tahu proses terbabit memerlukan masa.

Tambahnya lagi, dalam beberapa hari kebelakangan ini, Umairah memang bersungguh memakai tudung jika ingin keluar atau ke mana-mana.

"Alhamdulillah. Doakan ya. Atas kerelaan hati dia. Bila dia bertudung itu, dia rasa dia tenang saja. Saya sebagai ibu rasa bersyukurlah. Alhamdulillah kerana dia mengambil keputusan untuk bertudung.

"Cumanya dia tak nak umum apa-apa, dia nak perlahan-lahan sajalah. Kita mendoakan Umai supaya dia kuat kan. Tak ada sebab tertentu, dia sendiri rasa dia dah bersedia untuk bertudung.

"Tempoh hari, saya bertanya dengan kakak (Umairah) kalau sudah bersedia nak bertudung dan dia iyakan. Jadi okaylah, itu keputusan dia. Saya bersyukurlah, benda baik kan?" katanya.

Disamping itu, akui Saerah, dia yang beasa sebak itu mendoakan Umairah atau nama penuhnya, Ummi Umairah Saiful Anuar, terus kuat menghadapi cab@ran dengan penampilan terbarunya itu.

Klik untuk gambar besar

"Pastinya sebaklah kan. Kadang-kadang kita tak tahu, sal@h satu daripada doa semua tu diangkat, diterima di atas. Jadi Alhamdulillah kan. Itu yang saya sebagai ibu inginkan semua mendoakanlah untuk dia," ujarnya.

Penampilan terbaharu Umairah itu telah menarik perhatian ramai, dimana rata-rata memuji anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu kelihatan sangat cantik, manis dan sopan.

Malah, tidak kurang juga ada peminat terus menyokong penyanyi remaja ini untuk kekal dengan imej sebegitu serta istiqamah

"Umai nampak cantik bila bertudung, semoga terus kekal istiqamah ya." - "Alhamdulillah Umai dah berhijab, nampak manis sangat."

"Cantiknya bidadari ni... Perlahan-lahan istiqamah dan semoga berjaya dalam pelajaran serta kerjaya," antara komen-komen yang ditulis netizen.

Sebelum ini, Umairah mula mencvri perhatian ramai apabila memuat naik gambar bertudung buat pertama kali pada 18 Oktober lalu.

Sejak itu, Umairah dilihat konsisten tampil dengan imej bertudung dan tidak lagi berkongsi sebarang foto 'freehair' di media sosial miliknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: