22 October 2025

"KAMI BUKAN LAGI SUAMI ISTERI..." - ISTERI PELAKON MOHD ARASH SAHKAN PERKAHWINAN MEREKA SUDAH BERAKHIR SELEPAS 17 TAHUN BERSAMA



"Bismillahirahmannirrahim. Tujuan hantaran ini hanyalah untuk mengelakkan fitn@h dan sal@h faham. Setahun sudah berlalu... Kisah 17 tahun kami berakhir dengan lafaz yang sah.

"Kini kami bukan lagi suami isteri, hanya dua hati yang pernah bertemu, lalu memilih jalan masing-masing. Semoga tenang ini kekal, dan doa yang baik terus mengiringi setiap langkah."

Demikian jelas isteri kepada pelakon Arash Mohd iaitu Noor Afidahwati Mohammad, dimana dia mengesahkan mereka sudah bercerai secara rasmi sejak setahun lalu, selepas hampir 17 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial, Noor Afidahwati turut memberitahu, dia n£kad menjelaskan mengenai perceraian tersebut bagi mengelakkan sebarang fitn@h dan sal@h faham yang mungkin timbul di kemudian hari.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Noor Afidahwati juga mendoakan agar ketenangan yang dirasai terus berkekalan dan sentiasa mendapat doa baik daripada orang sekeliling.

Dalam pada itu, usaha media untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Arash Mohd tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Untuk makluman, Arash Mohd telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Afidahwati pada 25 Disember 2007 dan mereka dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: