22 October 2025

BILA UQASHA SENROSE PERS0AL STATUS PERKAHWINANNYA, TARIKH AKAD BERBEZA DENGAN SIJIL NIKAH : "TANPA PENGETAHUAN BAKAL ISTERI? SAH KE?" - PEGUAM MAKLUM KAMAL ADLI MAHU PERTAH4NKAN RUMAH TANGGA



"Allah Maha Besar! Masya-Allah satu lagi, aku dinikahkan dan diakad atas PENGETAHUAN AKU PADA 5/11/2021 jam 9 pagi, tapi di SIJIL NIKAH AKU DINIKAHKAN 4/11/2021 pada jam 9.30 malam. AllahuAkbar! Adakah sah perkahwinan ini tanpa pengetahuan bakal isteri? sah ke? Cukup ke syarat sah kawin?"

Itulah tulis pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, dimana dia membuat pendedahan yang meng£jutkan ramai apabila mempers0alkan mengenai status perkahwinannya dengan pelakon Kamal Adli.

Menerusi hantaran itu juga, Uqasha mendakwa tarikh pernikahan pada sijil nikah mereka berbeza dan hanya mengetahui mengenai perkara itu pagi tadi.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian Uqasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpandangan bahawa perkahwinan pasangan itu sah kerana hanya berlaku kesil@pan pada sijil nikah sahaja.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen meminta Uqasha untuk merujuk ke pejabat agama berhubung perkara berkenaan, berbanding berkongsikan perkara itu di media sosial.

Sementara itu, peguam yang mewakili Kamal iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh memaklumkan, anak guamnya berusaha untuk mempertah@nkan rumah tangga bersama Uqasha.
Kata Abdul Hadi lagi, dia bagaimanapun menyerahkan kepada anak guamnya untuk menggunakan cara tersendiri.

"Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertah@nkan perkahwinan. Saya yakin pihak Kamal ada usaha yang dilakukan, cuma tak pasti bagaimana ia berlaku kerana itu peribadi mereka. Apa yang saya tahu, dia memang ada usaha," katanya.

Disamping itu, Abdul Hadi turut memaklumkan bahawa Kamal dalam keadaan okay ketika ditanya mengenai keadaan terkini pelakon itu.
"Setakat hari ini, Kamal dalam keadaan okay. Kamal maklum mengenai perceraian ini dan selepas itu dia lantik saya sebagai peguam.

"Apa yang ditulis dalam permohonan cerai adalah ketidaksefahaman dan ada mas@lah berpanjangan, namun tak sebut sejak bila," tuturnya yang tidak dapat mengulas mengenai dakwaan Kamal dan Uqasha tidak lagi tinggal sebumbung.

"Dalam alasan tidak ada menyebut mengenai sama ada tinggal sebumbung atau tidak, jadi saya tak boleh ulas apa-apa mengenainya," maklumnya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan kek£liruan status perkahwinan yang ditimbulkan Uqasha di media sosial itu pula, Abdul Hadi berkata, dia perlu menyemak dengan terperinci.

"Saya tak semak lagi hantaran yang dimuat naik Uqasha. Saya tak dapat komen apa-apa sebab tak tahu lagi mengenainya," jelasnya.

Sehingga kini, Kamal belum lagi memberikan sebarang maklum bal@s dan kerjasama kepada media mengenai rumah tangganya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: