"Saya dah lama sangat menantikan peluang ini dan akhirnya ia datang juga. Wah... satu perkara yang sangat hebat. Bagus untuk saya. Saya tidak pernah buat konsert di Stadium Merdeka. Paling besar pun di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lebih 100,000 penonton sewaktu SUKMA 98.
"Itu sebab saya teruja dapat turut serta dalam konsert healing ini untuk buat persembahan di stadium paling bersejarah dan tinggi nilainya di negara kita.
"Stadium Merdeka merupakan satu sejarah untuk kita semua. Orang patut tahu terutamanya generasi muda, stadium ini antara landmark kita yang sangat berharga untuk negara."
Demikian tutur penyanyi Anuar Zain, 55, yang berkongsi rasa teruja apabila buat pertama kalinya bakal mengadakan persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menerusi konsert Healing Night 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari depan.
Anuar atau nama penuhnya, Shahrul Anuar Zain, berkata, dia sudah lama teringin untuk beraksi di stadium bersejarah yang menjadi kebanggaan negara ini.
Klik untuk gambar besar
Ini kerana kata penyanyi lagu 'Lelaki ini' itu, Stadium Merdeka bukan sekadar sebuah lokasi, tetapi merupakan lambang penting dalam sejarah negara yang wajar dihargai oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya generasi muda.
Selain Anuar, Konsert Healing 2026 itu turut menampilkan penyanyi Ella dan Dayang Nurfaizah serta dua lagi penyanyi Indonesia iaitu Lyodra dan kumpulan Kangen Band.
Dalam pada itu, akui Anuar lagi, dia masih berasa gem£ntar untuk membuat persembahan, namun kehadiran rakan-rakan seperjuangan memberi semangat dan keyakinan.
"Sudah tentu perasaan gem£ntar itu masih ada. Tapi dengan Ella kami dah memang berkawan jadi ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa gem£ntar.
"Sebenarnya sahabat-sahabat ini dapat mengurangkan gementar kita, Dayang pun kawan saya. Kalau sesiapa gementar, masing-masing ada untuk menenangkan. Itu yang paling penting," katanya.
Disamping itu, Anuar turut menjelaskan mengenai pengertian 'healing', dimana ia bergantung kepada setiap individu untuk menilaikannya.
"Sebenarnya lagu-lagu yang dipanggil healing bukan menjurus pada lirik sahaja. Ia ada bermacam-macam maksud dan terletak pada sesiapa sahaja untuk interpretasikan.
"Mungkin hari ini, kadang-kadang kita ada macam beberapa cab@ran dalam hidup bulan ini. Mungkin kamu ada sikit cab@ran dengan pasangan dalam hidup serta pelbagai lagi.
"Jadi mungkin lagu 'Bila Resah' itu boleh sembuhkan kamu," ulasnya yang baru selesai menjayakan konsert Empat bersama kakaknya, Ziana Zain, serta pasangan anak saudara mereka, Syamel dan Ernie Zakri di Mega Star Arena, KL pada 18 Oktober lalu.
Konsert Healing Night 2026 mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC sebagai inisiatif yang mampu memperkenalkan budaya serta keunikan seni di Malaysia.
Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi laman web Ticket2u dengan harga bermula RM190 sehingga RM950.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment