22 October 2025

NAMA ANAK - UQASHA SENROSE MINTA TIDAK DIH£RET DALAM K£S PERCERAIAN, AKAN TERUS KUAT LALUI UJIAN RUMAH TANGGA BERSAMA HAWRA UQAIRA



"Kalau boleh, saya tidak mahu sentuh apa-apa berkaitan isu anak. Kita fokus kepada perceraian sahaja."

Itulah ujar pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia berharap nama anaknya, Hawra Uqaira tidak dih£ret dalam k£s perceraian bersama pelakon Kamal Adli.

Kata Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia kini mahu fokus kepada pr0ses perundangan yang sedang berjalan ketika ini.

Klik untuk gambar besar

Uqasha berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas selesai pr0siding pertama pada pagi Rabu.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu, dia akan terus kuat melalui ujian rumah tangga bersama anak tercinta.
"Saya okay, selagi tidak memudaratkan diri saya dan kesihatan, saya akan teruskan untuk diri dan anak. Anak ada bersama dengan saya. Setakat ini saya okay, Insya-Allah," tuturnya.

Uqasha sebelum ini dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.
Terdahulu, rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di media sosial.

Malah, netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kem£lut rumah tangga mereka.
Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: