"Bila cakap soal kegan@san tu semua ibu-bapa pasti t@kut terutama generasi baru ini sebab semuanya bermula daripada didikan di rumah.
"Anak-anak perlu didik daripada kecil sebab daripada umur itu akan membentuk pembesaran anak bila besar nanti terutama di sekolah.
"Saya memang pantau setiap pergerakan anak-anak, kalau telefon pula saya akan bagi masa tertentu buat mereka main, kalau keluar mana-mana pun sebelum maghrib mesti kena balik sebab kena solat sekali berjemaah."
Demikian kata pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan, dimana dia lebih cakna serta peka terhadap persekitaran anak-anak ketika mengulas mengenai peningkatan k£s kegan@san melibatkan pelajar sekolah.
Justeru itu, Johan atau nama sebenarnya, Mohammad Yazid Lim Mohammad Aziz, 41, berkata, dia dan isteri iaitu Ozlynn sentiasa memantau aktiviti anak-anak terutamanya selepas berakhir sesi persekolahan.
Dalam pada itu, ujar Johan lagi, dia t£gas dalam mendidik anak-anaknya, dimana tidak bagi mereka leka main telefon bimbit, sebaliknya fokus pada pelajaran.
Sementara itu, mengenai perkembangan lain, selain mengusahakan perniagaan restoran Itik Ke Ayam, Johan kini membuka kedai motorsikal EV iaitu GGR X Johan di Taman Melawati.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment