22 October 2025

ISU 'FOLLOW', 'UNFOLLOW' - ANZALNA NASIR TAK AMBIL KISAH, PILIH HIDUP AMAN DAMAI



"Aduh, isu 'follow', unfollow' ini tak habis-habis lagi ke? Hidup kita bukan di media sosial saja pun. Marilah kita hidup aman damai."
Itulah tulis pelakon Anzalna Nasir, 37, dimana dia meluahkan rasa terkil@n apabila isu ikut (follow) dan nyahikut (unfollow) di media sosial masih menjadi bualan hangat.

Anzalna menerusi hantaran di Thr£ads semalam, mengajak pengikutnya di platf0rm itu untuk hidup dalam keadaan aman dan damai.

Dalam hantaran sama, Anzalna turut mengakui, dia tidak ambil kisah sekiranya ada pihak yang ingin mengikut atau sebaliknya di media sosial rasminya.

"Saya pun tak kisah siapa nak 'follow' atau 'unfollow'. Kadang saya sendiri pun tak perasan! Hahahahahahahaha," tuturnya yang diikuti dengan ketawa panjang.

Bagaimanapun, Anzalna tidak menjelaskan secara terperinci mengapa isu itu dibangkitkannya pada tengah malam semalam.

Terdahulu, industri hiburan tanah air dik£jutkan dengan video siaran langsung di platf0rm media sosial pelakon Fasha Sandha yang berkongsi mengenai perkara itu.

Perkara itu dikongsikan Fasha selepas h£boh di media sosial dakwaan bahawa dia menyahikut (unfollow) seorang pelakon wanita di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: